Perodua hantar 100 sukarelawan dalam misi pembersihan selepas banjir

By  |  0 Comments

before the flag off

Perodua telah menghantar seramai 100 orang sukarelawan yang terdiri daripada kakitangan mereka, bagi membantu membersihkan sisa-sisa banjir di Pantai Timur. Malah Perodua turut menyumbangkan dana sebanyak RM400,000 kepada mangsa-mangsa banjir di tiga negeri terbabit iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Presiden dan CEO Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh, berkata, “Perodua menghantar seramai 100 sukarelawan ini bagi membantu di dalam misi pembersihan selepas bencana alam yang menimpa negeri-negeri berkenaan. Pada 2 Januari lalu, kami telah menghantar sekumpulan pemantau dan merekalah yang melaporkan situasi di sana serta keperluan yang dikehendaki bagi misi pembersihan ini.”

Setakat ini, Perodua telah membelanjakan sebanyak RM90,000 daripada dana RM400,000 untuk menghulurkan keperluan kepada mangsa-mangsa banjir berkenaan melalui Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Baki sebanyak RM310,000 itu pula akan membantu mangsa-mangsa berkenaan terutamanya bagi keluarga yang memiliki anak-anak yang masih bersekolah untuk membeli barangan persekolahan mereka. Ini termasuklah untuk kakitangan dan para pengedar kami yang terjejas di dalam bencana ini,”ujar Aminar lagi.

Selain itu, Perodua turut menawarkan bantuan kepada para pemilik kenderaan Perodua yang terlibat dengan bencana banjir ini. Ia termasuklah servis trak penunda, 20% diskaun bagi alat ganti terpilih (seperti komponen elektronik, karpet, tempat duduk dan engine overhaul gasket) dan pemeriksaan kenderaan percuma bagi menentukan jumlah kerugian yang ditanggung akibat banjir.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program ini, sila menghubungi talian khidmat pelanggan Perodua di 1800-88-6600.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *