Toyota Vios 2015 sudah mula dibuka tempahan – Harga antara RM75k hingga RM95k

By  |  0 Comments

TOYOTA VIOS 2015

Seperti yang dikhabarkan semalam berhubung dengan kehadiran Toyota Vios 2015 yang telah dipromosikan menerusi laman web rasmi UMW Toyota Motor, hari ini, ia mengesahkan tempahannya telah pun dibuka mulai 2 Januari yang lalu.

Berikut merupakan senarai harga bagi model Vios 2015 ini :

TOYOTA_VIOS_2015_PRICELIST

Ia menampilkan tiga varian iaitu G, E dan J, di mana terdapat sedikit perubahan pada model berkenaan. Walau bagaimana pun, difahamkan ia tidak melibatkan sebarang perubahan daripada sudut mekanikal.

Bagi varian 1.5 G, ia telah ditampilkan dengan kekemasan hitam untuk bahagian kabinnya. Manakala varian 1.5 E dan 1.5 J pula tampil dengan elemen tambahan iaitu sistem kemasukan tanpa kunci dan butang penghidup enjin.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *