‘Pimp My Almera’ sudah ada pemenang

By  |  0 Comments

Mr. Tan and Grand Winner

Mengambil kesempatan sempena dengan penganjuran KLIMS’13, Edaran Tan Chong Motor (ETCM) turut mengumumkan pemenang hadiah utama bagi peraduan rekaan ‘Pimp My ALMERA’. Nissan ALMERA yang merupakan model paling laris ETCM pada tahun ini menjadi ‘kanvas’ buat para pelajar rekaan dari institusi pengajian terkemuka di Lembah Klang untuk menyerlahkan bakat kreatif dan imaginasi masing-masing dalam pertandingan tersebut.

Dalam peringkat pertama, para peserta dari Dasein Academy of Art, Saito College dan IACT College menghantar penyertaan yang menunjukkan visi artistik mereka tersendiri. Kemudian, dengan input dan bantuan daripada pensyarah masing-masing, penyertaan akhir disenarai pendek untuk mewakili setiap kolej.

Ketiga-tiga finalis ini menerima RM5,000 setiap penyertaan sebelum melangkah ke peringkat kedua pertandingan. Dalam peringkat ini, penyertaan mereka dipaparkan di laman Facebook Nissan bagi memberi peluang kepada orang ramai memilih untuk proses pemilihan terakhir. Tempoh ‘pengundian’ orang ramai berlangsung dari 13 September hingga 12 Oktober 2013.

Group shot with the winners

Selepas sebulan melalui tempoh pengundian, akhirnya pemenang bagi hadiah utama sudah pun diketahui. Ternyata tuah menyebelahi Chung Xin Yi dari IACT College yang tampil dengan konsep rekaan Retro-poppin dan berjaya membawa pulang hadiah utama berjumlah RM20,000. Rekaan remaja ini telah diserlahkan ke atas sebuah ALMERA yang turut dipamerkan di ruang pameran Nissan sepanjang KLIMS’13.

Pimp My Almera_Back side

Dua finalis lain yang turut mara ke peringkat akhir iaitu Ho Shu Qi dari Dasein Academy of Art dan Lee Tieng Chiew dari Saito College walau pun tidak berjaya mendapat undian tertinggi namun tetap berpuas hati kerana berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM5,000 setiap seorang.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *