Proton Australia tidak lagi memasarkan model S16 FLX, Persona Elegance & Gen.2

By  |  0 Comments

proton-s16-flx

Proton Australia telah ‘menggugurkan’ tiga model untuk pasaran negara berkenaan, iaitu S16 FLX (Saga FLX), Persona Elegance dan Gen.2, sementara model Preve, Suprima S dan Exora masih dikekalkan.

Ketiga-tiga model tersebut tidak lagi dipasarkan berdasarkan rekod jualan yang begitu perlahan. Menurut Proton Cars Australia, mereka mencatatkan jualan 48 unit bagi bulan Januari dan 106 unit pada Februari tahun ini. Ia juga melaporkan, sehingga Disember, sebanyak 800 unit telah dijual di negara berkenaan.

Proton S16 mula dijual di Australia pada hujung 2009 dan model S16 FLX telah mengambil alih pada pertengahan 2012 dengan dua varian iaitu GX dan GXR.

Manakala bagi Gen.2 yang dikatakan sebagai ‘kenderaan mampu milik di bawah AUD$35k” oleh New South Wales motoring association NRMA (National Roads and Motorists’ Association), namun tidak bernasib baik daripada segi jualan.

Begitu juga dengan model Preve yang diperkenalkan di pasaran Australia pada Oktober 2012 di Australian International Motor Show 2012 di Sydney dengan dua varian iaitu GX manual dan GX CVT. Pada Ogos 2013, harganya telah dipinda, dengan kedua-dua varian bernilai AUD$3,000 lebih murah berbanding ketika dilancarkan di sana. Namun nasib juga tidak menyebelahi model ini.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *