Perodua Alza 2014 dilancarkan – harga bermula RM52,400

By  |  15 Comments

2014 Perodua Alza FL 33

Lintas langsung dari pusat membeli-belah One Utama, Petaling Jaya, sempena dengan pelancaran model Perodua Alza 2014.

Mengikut Perodua, Perodua Alza model yang dinaik taraf ini dihasilkan untuk memberikan gabungan kehebatan sedan dan MPV. Walau bagaimana pun, ia tidak melibatkan perubahan daripada segi mekanikal. Jadi ia masih mengekalkan ‘jantung’ yang sama iaitu 1.5 liter DVVT. Dengan kuasa maksimum 104 PS dan puncak tork 136 Nm, enjin ini turut digandingkan dua transmisi pilihan, sama ada manual lima-kelajuan atau automatik empat-kelajuan.

2014 Perodua Alza FL 22

Memandangkan tiada perubahan mekanikal, maka sudah pasti Perodua perlu menitik beratkan suntikan rekaan dalaman dan luaran yang lebih segar. Sekali pandang, pada bahagian hadapan Alza ini kelihatan seperti Perodua Myvi model terkini. Dengan bampar dan gril yang sedikit tebal dan lampu utama projektor membujur tanpa suar (blinker). Malah lampu isyarat dan lampu belakangnya berlensa cerah.

Pada bahagian belakang pula, terdapat lingkaran berwarna hitam yang mengelilingi cermin belakang. Dan logo Perodua dan emblem bagi Alza terletak pada bahagian bawah lingkaran tersebut.

2014 Perodua Alza FL 10

Buat pertama kali, Perodua turut menawarkan varian SE bagi Alza dengan tambahan kit badan yang lebih sporty dan ranggi.

Manakala bagi rekaan dalamanya juga diberikan sedikit sentuhan baharu. Antaranya rekaan meter kluster yang lebih stylish, tempat letak lengan di bahagian konsol tengah antara tempat duduk pemandu dan penumpang di sebelah yang turut berfungsi sebagai ruang storan, kekemasan ruang kabin dengan dua tona warna hitam dan kelabu menawan.

2014 Perodua Alza FL 30

Selain daripada itu, elemen tambahan yang menarik juga ada ialah penyambung bagi ISOFIX, dan kemudahan kerusi penumpang di barisan ketiga yang boleh dilipat bagi memberikan ruang yang lebih luas terutamanya jika ingin memuatkan barangan di bahagian kargo.

Untuk varian Advanced, Perodua turut menampilkan sistem multimedia baharu termasuk monitor pada bumbung bahagian dalaman dan sistem navigasi yang dilengkapi dengan fungsi kamera undur.

Menekankan aspek keselamatan, Alza baharu ini yang menerima pengiktirafan empat bintang daripada ASEAN NCAP turut dilengkapi dengan beg udara berkembar, ABS, EBD, dan Bantuan Brek (BA). Ia juga ditampilkan dengan lapisan pelindung keselamatan dan solar bagi cermin hadapan, belakang dan keempat-empat pintunya. Manakala sistem brek yang dipilih ialah Vertilated Discs untuk bahagian hadapan dan brek dram di belakang.

Perodua Alza 2014 ini didatangkan dengan lima warna pilihan iaitu Ivory White, Ebony Black, Glittering Silver, Mystical Purple dan Passion Red.

Dengan harga yang ditawarkan bermula dari RM52,400 untuk Standard (MT), dan RM55,400 bagi Standard (AT). Manakala untuk varian SE pula ialah RM56,400 (MT) dan RM59,400 (AT). Bagi varian Advanced pula ialah RM64,000.

Menurut Perodua, harga yang ditawarkan ini telah diturunkan antara 2.1% hingga 7.4% berbanding dengan model terdahulu. Pembelian Alza ini turut didatangkan dengan tiga tahun jaminan termasuk servis secara percuma.

Spesifikasi :
Enjin : 1.5 liter DOHC 16-injap dengan DVVT
Transmisi : Manual 5-kelajuan/Automatik 4-kelajuan
Kuasa maksimum : 104 PS @ 6,000rpm
Tork maksimum : 136 Nm @ 4,400rpm
Sistem suspensi : MacPherson Strut dengan gegelung spring (hadapan) & Torsion Beam dengan bar penstabilan (belakang)
Tayar : 185/55 R15
Kapasiti tangki bahan api : 42 liter

ALZA STANDARD

ALZA SE

ALZA ADVANCED VERSION

ELEMEN BAHARU YANG DITAMPILKAN

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

15 Comments

  1. nana mizuki

    January 10, 2014 at 7:30 pm

    design boring -_-
    1.5L nk tarik MPV?
    agak2 laaaa @_@

    • KerulManjung

      January 10, 2014 at 9:59 pm

      Aish.. dengan tambah bodykit lagi.. dah tentu berat punya. 1.5L.. Nak tarik MPV?? Aishh susah la nak fikir mcm ni.. Kesian pada pembeli.. Selamat aku pakai PROTON eXora Bold… 1.6L siap TURBO sekali.. perhhh

      • JohnLee

        January 11, 2014 at 10:23 am

        Proton tu malaysia..blh thn..memang ok jg..to jgn lupa..d jepun ini merupakan projek drpd toyota..engine memang kecil to breakhp lbh tinggi dri bold..haha

        • auto

          January 23, 2014 at 2:06 am

          Betul setuju. Enjin perodua guna teknologi jepun..toyata. .banding proton dgn perodua hum..x payah ckp. .jualan perodua tip top. Proton mcm murah pun masih x mampu saing produa. .realiti

      • guyklrwg

        January 11, 2014 at 10:41 am

        Ceh.. aku punya bold dah tiga minggu tersadai kt sc proton cvt gearbox rosak. Menyesal ambik bold brek belakang selalu jem je. Bini suruh ambik alza aku gatai ambik bold sebab turbo… buat malu je baru beli 6 bln lepas..

      • 4x4

        January 11, 2014 at 11:14 am

        nampak sangat tak pernah drive alza… alza senyum je naik bukit..

  2. Proton Jer

    January 11, 2014 at 12:19 pm

    Alhamdulillah la ni BOLD TURBO den tak pernah buat hal. Belum masuk 1 tahun 8 bulan dah nak masuk 60000 km. Ulang alik dari Butterworth ke Jb.. Atas highway jgn la cuba-cuba tailgated Bold CFE kalau rasa c.c tu kecik. Lain la pakai TSI ker AUDI ker.. perform very well… kalau hari raya, org tua pun boleh naik skali.. under 80K well performed.. cuma satu jer den tak suka pasal BOLD ni.. masuk town minyak ke darah.. Alza lagi save.. tp long distance superb

    • guyklrwg

      January 11, 2014 at 2:26 pm

      Syukurlah bold tuan takde masalah… sy baru seminggu brek belakangg kanan jem. Berasap. Sebln sekali mesti jem. Sampai kini tak settle lg. Terbaru gearbox cvt problem dh 3 minggu tergantung kt sc.tiada jawapan dari icare pun. Next week tak settle memang masuk tribunal lah. Memang celakalah pakai bold ni.. baik lagi naza ria bapak aku yg dh 8 thn tu.

  3. ayie

    January 11, 2014 at 1:39 pm

    Btol tu johnlee…alza adlh keta product toyota n daihatsu.. Kalu kat japan namenye passo sette/boon luminas(daihatsu). Part n body kit boleh pasang kat alza.. Bawak kat mlsia ubah nama pada alza.. Kalu bab engine mmg xde mslah.
    Aku penah bawak exora.. Bkan nk kutuk tp itulah pruduct mlsia yg tak sehebat alza…

  4. jahat badman

    January 11, 2014 at 2:21 pm

    Dari ak ambik proton, baek ak ambik tyota vios trus, tmbah pon skit je.

    • maman

      May 24, 2014 at 9:19 pm

      lgi 4hari my new alza nk kluar…xsabar rasanya…bru test drive aritu dh rasa truja nk bwak lg…serius,sy minat sbb body sporty,enjin senyap dn susah nk problem,jimat mnyak,harga mpv pling murah,sparepart snang dpat,dlm kereta sgt slesa bg org mcm sy yg gaji ni sderhana..memang ckup rasa slesa..klau gji bsar memang dh amik honda je..heheheh..ikut kmampuan..ramai kwan2 pakai alza yg model lama geram sy bli alza model baru ni..sbb model baru ni dh diupgradekn kualiti nya dgn model sblum ini..hehehe..

  5. syah

    January 16, 2014 at 10:39 pm

    Assalammualaikum…maaf celah..kpd all proton users…byk komen pasal brek blakang jam…saranan saya.kepada yg belum buat atau baru beli exora,suruh pusat servis buat “bleeding ” pada sistem brek dan tukar minyak baru…dan suruh mereka servis brek blakang kiri dan kanan..sbb bila brek,brek blakang cengkam tp tak lepas..bila tak lepas akan rosak pada brek drum housing dan calar…leh tahan kos nak ganti…sekian

  6. cik Alza

    March 21, 2014 at 5:58 pm

    alhamdulillah…sy baru beli alza 2014 mmg puas hati sgt
    minyak jimat naik fraser hill selambe je drive santai pki D4 sampai atas.3rd row masih terasa econd anak2 lena tidur.bab handelling superb mmg konfiden

  7. SELVARAJAH MURUGESAN

    July 26, 2015 at 12:57 pm

    Sy br order alza adv. Tunggu kereta keluar. Kn pakai viva.minyak cukup jimat. Bila dah ambil alza nak bawa keluarga pi jln2. Nak hias cukup 2. SELAMAT DATANG MYDEAR ALZA WB2405V. VIVA PERODUA2405 tetap akn bersama sama. Tkasih PERODUA

  8. MOHD SHAHRIZAL BIN AHMAD

    June 23, 2021 at 8:37 pm

    saya exory bold..baru 1 tahun pakai och pecah..kena turun enjin..minyak kedarah kuat…menyesal beli exora..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *