Perodua Buddyz tampil ala futuristik

By  |  0 Comments

Perodua_Buddyz_Concept_-017

Jika anda mengunjungi Kuala Lumpur International Motor Show 2013 (KLIMS) baru-baru ini yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), pasti menyedari akan kehadiran sebuah kereta konsep yang dipamerkan di ruang pameran Perodua. Menurut Perodua, secara optimistiknya kereta konsep ini digelar Global Model Sedan (GMS) Buddyz yang menyasarkan pengguna daripada Generasi Y dan Z. Perodua juga berpendapat, Buddyz merupakan kombinasi yang cukup sempurna di antara trend automotif tempatan dan antarabangsa.

Mata pastinya tertancap pada rekaan luaran dan dalamannya. Di mana rekaan hadapannya mirip sedikit dengan Myvi tetapi diperelokkan lagi dengan kehadiran lampu utama LED berwarna biru dan bampar hadapannya juga menerima suntikan gaya terkini. Malah LED berwarna merah pula melingkari lampu belakangnya.

Perodua_Buddyz_Concept_-018

Manakala di dalam kabinnya pula menerima sentuhan gaya fusion dengan ruang yang agak luas. Papan pemukanya tiada ruang susunan di bahagian tengah. Tetapi ia diletakkan konsol di bahagian tengah untuk alat kawalan, butang penghidup enjin dan juga skrin paparan pusat. Namun apa yang lebih menarik pandangan mata ialah panel instrumen dua dek yang tampil funky dipadankan dengan stereng berbentuk separa bujur berserta butang kawalan audio dan pedal penukar gear di belakangnya.

Perodua_Buddyz_Concept_-027

Selain daripada itu, pedal kaki juga tampak unik dan berbeza dengan kenderaan konvensional sedia ada. Malah Buddyz turut menampilkan skrin yang diletakkan pada belakang tempat duduk hadapan. Ia membolehkan penumpang di belakang menikmati ruang hiburan tersendiri umpama berada di dalam pesawat komersil pula.

Perodua_Buddyz_Concept_-014

Walau pun pernah tampil dengan kereta konsep Bezza yang dipamerkan pada KLIMS 2010, namun Buddyz tidak akan menggunakan platform yang sama yang pernah digunakan oleh Perodua sebelum ini. Malah kereta konsep sedan ini sudah menggunakan platform yang tersendiri dan telah melalui kajian di peringkat kedua. Ia dibangunkan sepenuhnya oleh pasukan pereka tempatan yang diketuai oleh Muhamad Zamuren Musa.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

situs mix parlay euro 2024 judi bola euro parlay dominoqq pkv id pro bandarqq pkvgames bandar qq bandarqq qiuqiu bandarqq pkv games situs bandarqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games pkv qq pkv qq bandarqq pkv games dominoqq viralqq serverpkv pkvgames qiuqiu pkv pkv games bandarqq dominoqq pkvgames slotgacor parlay pokerqq parlay
judi bola parlay dominoqq pkv id pro bandarqq pkvgames bandar qq bandarqq qiuqiu bandarqq pkv games dominoqq situs bandarqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games pkv qq pkv qq bandarqq pkv games qq pkv dominoqq viralqq serverpkv parlay