Mazda CX-5 2.5L CBU sudah ada di Malaysia- Harga dijangka bermula RM165k hingga RM175k

By  |  1 Comment

mazda-cx-5-ss

Pada Mei 2012, Mazda membawa masuk Mazda CX-5 ke Malaysia dengan enjin Skyactiv-G 2.0 yang berharga antara RM159k hingga RM169k. Ia merupakan unit CBU yang dibawa masuk dari Jepun. Kemudian pada Februari 2013 pula, ia mula dipasang di kilang Inokom yang terletak di Kulim, Kedah dengan harga yang diumumkan antara RM144k hingga RM160k. Empat bulan kemudian, ia mengalami perubahan harga di mana unit CKD ini ditawarkan pada RM137k untuk varian 2WD dan RM154k bagi 4WD.

Dan tanpa sebarang pengumuman rasmi, pada hari ini Infokereta.com menerima berita bahawa Mazda telah membawa masuk CX-5 Skyactiv-G 2.5L dengan I STOP unit CBU ke pasaran tempatan. Ditawarkan dengan dua varian iaitu 2WD dan 4WD, enjin 2.5 liter ini mampu menghamburkan kuasa maksimum sehingga 185hp pada 5,700rpm dan puncak tork 250Nm pada 4,000rpm. Dipadankan pula dengan kotak gear automatik enam kelajuan.

mazda-cx5-25-infokereta

Harga atas jalan termasuk insurans yang ditawarkan untuk varian 2WD ialah RM165,066 dan 4WD pula RM175,326.80. Antara elemen standard yang turut ditampilkan pada kedua-dua varian ini ialah lampu utama Bi-Xenon dengan AFS, butang penghidup enjin, lampu pencahayaan siang (DRL), enam buah beg udara, sistem kunci pintar, lampu kabus, tempat duduk pemandu yang boleh dilaraskan secara elektronik, ekzos berkembar, ABS, EBA dengan Bantuan Brek (BA), kawalan kestabilan Dinamik (DSC), sistem kawalan cengkaman (TCS), dan Monitor Tekanan Tayar (TPM).

Selain daripada itu, Mazda turut menawarkan pakej aksesori tambahan iaitu rim aloi bersaiz 17 inci yang membaluti tayar 225/65, sistem navigasi, tempat duduk balutan kulit, pembesar suara dan skrin TFT berwarna dengan fungsi kamera undur. Dan paling menarik, Mazda CX-5 2.5L ini turut menampilkan tiga elemen baharu iaitu bumbung panoramik berkuasa elektrik, sistem bunyi Bose dengan sembilan pembesar suara dan I STOP.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *