Proton Exora Bold CFE dipanggil semula untuk servis pemeriksaan percuma

By  |  0 Comments

P1070433b

Proton sudah pun mengumumkan “servis pemeriksaan percuma bagi model Proton Exora Bold CFE tahun buatan Oktober 2011 hingga April 2014 disebabkan kemungkinan besar mengalami kebocoran pada penyambung radiator.

“Ini berdasarkan maklum balas dari para pelanggan kami yang berhadapan dengan masalah pada penyambung radiator bagi model Exora Bold CFE, maka pihak Proton mengambil langkah untuk memanggil semua model terbabit bagi servis pemeriksaan percuma. Di mana secara tidak langsung turut membuktikan kepada para pelanggan bahawa ini antara komitmen kami terutamanya berhubung dengan soal keselamatan dan kepercayaan terhadap produk keluaran Proton di bawah program Jaminan Kualiti Proton,”ujar CEO Proton, Datuk Abdul Harith Abdullah.

Beliau turut menambah, buat setakat ini tiada laporan mengenai sebarang insiden termasuk kemalangan, kecederaan mahu pun kehilangan nyawa berhubung dengan isu ini. Walau bagaimana pun Proton berharap agar para pelanggan memahami langkah ini diambil bagi memastikan keyakinan yang berterusan dalam keselamatan dan prestasi kenderaan mereka.

Program memanggil semula ini melibatkan 40,000 unit Exora Bold CFE pengecas turbo. Para pemilik MPV ini disaran menghubungi mana-mana pusat servis Proton berhampiran untuk membuat temujanji. Segala kos buruh dan pertukaran alat ganti yang berkaitan akan ditanggung oleh pihak Proton sendiri. Malah Proton juga akan menghantar surat pemberitahuan kepada semua pelanggan yang terbabit. Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan bolehlah menghubungi talian 1800 888 398 atau e-mel customercare@proton.com.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *