Suzuki S-Cross dipertontonkan di Matrade hujung minggu ini

By  |  0 Comments

suzuki-s-cross-previewed-malaysia 692

Sebelum dilancarkan pada hari Khamis ini, Suzuki S-Cross sedang dipertontonkan di Pusat Pameran Matrade, KL, selama tiga hari sehingga Ahad ini. Dipertontonkan buat pertama kali di peringkat global pada Mac 2013 di Geneva Motor Show, model ini turut dikenali sebagai SX4 di Australia dan SX4 S-Cross di Eropah.

Diimport sepenuhnya (CBU) dari Hungary, harga yang bakal ditawarkan dijangka antara RM120k hingga RM140k.

suzuki-s-cross-previewed-malaysia 690

Memiliki ukuran 4,300 mm panjang, 1,770 mm lebar, 1,580 mm tinggi dan 2,600 mm jarak roda, iaitu lebih 160mm panjang, 10 mm lebar dan 10 mm tinggi berbanding model SX4. Secara tidak langsung membuatkan model ini diletakkan di bawah segmen-C yang bersaing dengan Mitsubishi ASX, Subaru XV, Kia Sportage, Hyundai Tucson dan Mazda CX-5, biar pun masing-masing tampil dengan enjin berkapasiti 2.0 liter.

Bagi S-Cross ini, ia dijanakan oleh enjin 1.6 liter M16A empat-silinder petrol yang mampu menghasilkan kuasa sehingga 118 hp pada 6,000 rpm dan tork 156 Nm pada 4,400 rpm. Ia juga dipadankan dengan transmisi CVT dengan tujuh nisbah gear.

Pada bahagian luarannya, kelihatan lampu utama projektor bersama lampu pencahayaan siang LED, roof rail dan rim aloi bersaiz 17 inci.

suzuki-s-cross-previewed-malaysia 694

Bahagian dalamnya pula ditampilkan dengan elemen seperti butang penghidup enjin, kawalan kelajuan, pedal penukar gear dan zon berkembar penghawa dingin dengan kawalan automatik.

InfoKereta.com akan membawakan informasi selanjutnya mengenai Suzuki S-Cross ini sebaik sahaja ia dilancarkan minggu hadapan.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

situs mix parlay euro 2024 judi bola euro parlay dominoqq pkv id pro bandarqq pkvgames bandar qq bandarqq qiuqiu bandarqq pkv games situs bandarqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games pkv qq pkv qq bandarqq pkv pkv games dominoqq