Toyota lancar kempen jualan akhir tahun – Tawar rebat tunai sehingga RM3,000

By  |  0 Comments

Altis38

Seperti kebanyakan pengedar kenderaan lain, UMW Toyota Motor (UMWT) turut tidak ketinggalan menganjurkan kempen jualan akhir tahun hebat dengan menawarkan pelbagai promosi menarik. Sepanjang kempen ini berlangsung, para pelanggan yang membeli model Toyota terpilih bakal menikmati rebat tunai sehingga RM3,000.

Antara model Toyota terpilih untuk kempen jualan “Best Deal of the Year” ini ialah Vios, Camry, Altis dan Hilux. Kempen ini hanya sah bagi mana-mana model Toyota yang didaftarkan sebelum 31 Disember 2014.

Sempena dengan kempen ini juga, UMWT turut menganjurkan siri jelajah Toyota ke 40 buah pusat membeli-belah dan lokasi tumpuan ramai di seluruh negara bermula 4 hingga 23 November ini. Orang ramai dijemput hadir dan berpeluang melihat secara lebih dekat model-model Toyota yang dipamerkan.

???????????????????????????????

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *