Proton Iriz bersedia dihantar kepada para pelanggan mengikut peringkat

By  |  0 Comments

Proton_Iriz_review_pandu_uji_ 002

Proton telah mengesahkan bahawa penghantaran model terbaharunya, Iriz, kepada para pelanggan bermula hujung Oktober ini dan ia akan dilaksanakan secara berperingkat mengikut varian.

Penghantaran pertama melibatkan model 1.3 Manual dan 1.6 CVT bagi semua varian iaitu Standard, Executive dan Premium telah pun mula dihantar.

Manakala model 1.3 CVT pula akan mula dihantar pada Disember ini dan 1.6 Manual pula dijangka pada Februari hadapan, juga melibatkan semua varian.

Dilancarkan pada 25 September lalu, Iriz tampil dengan rekaan yang menawan, teknologi yang penuh inovatif dan ciri-ciri kejuruteraan yang berkualiti tinggi, memberikan ia keyakinan untuk mendominasi pasaran di bawah segmen-B bagi kenderaan buatan tempatan.

Proton_Iriz_review_pandu_uji_ 010

Iriz dipadankan dengan enjin VVT empat-silinder baharu yang bersama kotak gear manual lima-kelajuan atau transimisi CVT. Bagi enjin berkapasiti 1.3 liter, ia untuk varian Standard dan Executive sahaja. Manakala enjin 1.6 liter pula ditampilkan pada varian Executive dan Premium.

Ia turut dilengkapi dengan pelbagai elemen keselamatan yang sangat diperlukan masa kini seperti Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), ABS, EBD, Kawalan Cengkaman, Bantuan Brek (BA), Hill Hold Assist dan sistem Amaran Tali Pinggang Keselamatan (SBR).

Harga yang ditawarkan untuk Iriz ialah antara RM42,438 hingga RM62,888 bergantung pada varian yang dipilih.

Sila KLIK DI SINI untuk membaca ulasan lengkap sesi pandu uji Proton Iriz.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *