Hanya golongan berpendapatan bawah RM5,000 layak dapat subdisi penuh RON 95 – Ahmad Husni

By  |  0 Comments

RON95

Laporan Astro Awani menyebut, hanya mereka yang berpendapatan bawah RM5,000 sebulan akan mendapat subsidi penuh di bawah skim rasionalisasi subsidi petrol yang akan dilaksanakan tahun depan.

Kenyataan yang diumumkan oleh Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, turut menyebut, bagi yang berpendapatan lebih RM10,000 sebulan tidak akan menikmati subsidi penuh. Manakala mereka yang berpendapatan antara
RM5,000 hingga RM10,000 akan mendapat subsidi separuh.

Walau bagaimana pun, mekanisme perlaksanaan ini masih dikaji oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Pada awal bulan ini, harga bagi petrol RON 95 dinaikkan sebanyak 20 sen menjadi RM2.30 seliter. Disel juga mengalami peningkatan kadar harga yang sama iaitu daripada RM2.00 menjadi RM2.20.

Pada pembentangan Bajet 2015 yang berlangsung 10 Oktober lalu pula, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan bahawa RON 95, diesel dan LPG tidak akan dikenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang bermula pada April tahun hadapan.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

judi bola euro parlay situs mix parlay euro 2024 sbobet88 bandar bola euro 2024 dominoqq bandarqq bandar qq situs bandarqq pkv games pokerqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games bandarqq