Proton Iriz melebihi ekspektasi

By  |  9 Comments

Proton_Iriz_review_pandu_uji_ 006

Pada hari yang sama pelancaran Proton Iriz di Tanjung Malim pada 25 September yang lalu, InfoKereta.com berkesempatan memandu uji model ini selama 15 minit. Tidak dinafikan kepuasan menerusi sesi pandu uji tersebut tidaklah begitu maksima.

Lantaran itu, peluang memandu ujinya sekali lagi tidak dilepaskan begitu sahaja. Sesi pandu uji Proton Iriz bersama pihak media tempatan selama dua hari bermula 15 Oktober lalu, menuju ke Pulau Pinang dari Pusat Kecemerlangan Proton, Shah Alam memang memberikan kepuasan mutlak.

Pemanduan secara bergilir-gilir bersama dua ‘orang kuat’ Paultan.org iaitu Hafriz Shah dan Jonathan James Tan, memberikan pengalaman yang lebih bermakna menguji sejauh mana kehebatan model terbaharu Proton ini.

Proton_Iriz_Drive_ 035

Untuk sesi pandu uji ini juga, pihak media turut berentap dalam Eco Challenge untuk mendapatkan tahap penjimatan bahan api yang paling efisien. Pihak Proton menyediakan Iriz varian 1.3L manual dan 1.6L CVT dengan pelbagai varian. Team kami menerima varian Executive 1.3L manual terlebih dahulu untuk dipandu uji sehingga ke Gopeng, Perak. Jadi kita bercerita dahulu mengenai apakah keistimewaan yang ada pada varian ini dahulu.

Perasaan teruja untuk memandu uji varian manual memang tidak dapat dinafikan, apatah lagi penulis amat menggemari transmisi ini berbanding automatik/CVT.

Dijanakan enjin 1.3 liter empat-silinder VVT baharu yang mampu menyalurkan kuasa maksimum sehingga 94 hp pada 5,500 rpm dan tork 120 Nm pada 4,000 rpm. Padanan kotak gear manual lima-kelajuan sangat membantu enjin ini meledakkan kuasa seperti mana yang diharapkan. Anjakan dari gear satu ke gear seterusnya sangat lancar. Malah ketika gear ditukar, enjin pantas memberikan respons, selari dengan kawalan pada pedal pendikit.

Proton_Iriz_Drive_ 008

Walau pun enjin berkapasiti 1.3 liter, namun jika anda mahukan lebihan kuasa, tekanan pada pedal pendikit mampu melonjakkan pecutan dengan pantas. Enjin tidak perlu dipaksa, malah cukup responsif. Malah bagi penulis, Iriz 1.3L ini juga sesuai untuk pemanduan secara santai mahu pun sedikit agresif.

Dengan prestasi enjin yang memberangsangkan, maka mood untuk memandu begitu membara. Tambahan pula pengendalian Iriz ini juga sangat mudah dan menyenangkan. Stereng berkuasa elektrik (EPS) yang dipadankan untuk model ini membuatkan kawalan jentera ini mudah dikawal.

Proton_Iriz_Drive_ 028

Secara lahiriahnya, EPS memberikan ‘rasa’ stereng yang ringan ketika jentera dipacu perlahan atau sederhana laju (antara 80-110km/j). Tetapi akan bertukar menjadi berat apabila kuasa pecutan ditambah melebihi 110km/j. Ini memang kelebihan EPS dan Proton mengambil tindakan yang tepat memilihnya untuk Iriz.

Olengan badan Iriz juga agak minima tetapi ketika berkesempatan duduk di bahagian tempat duduk belakang, terasa sedikit bumpy (tidaklah begitu keterlaluan) ketika melalui permukaan yang kurang rata dan beralun.

Sampai sahaja ke Gopeng, dengan jumlah perjalanan sejauh 185km (dari Shah Alam), varian 1.3L manual ini mencatat penggunaan bahan api sebanyak 14.5 km per liter (bersamaan 6.9 liter per 100 km). Ini satu catatan yang agak memberangsangkan memandangkan kami bertiga di dalam ‘perut’ Iriz ini bersama beberapa buah beg yang memenuhi ruang kargo.

Catatan ini melibatkan laluan jalan bandar yang kadangkala sesak (15%) dan lebuh raya (85%). Malah jentera dipandu dalam kelajuan antara 100 hingga 120 km/j dan terpaksa memperlahankan kenderaan antara 80 ke 90 km/j apabila melalui laluan yang agak sesak termasuk di jalan yang sedang dalam pembaikian sepanjang Lebuh Raya Utara-Selatan itu.

Ada juga rakan media yang menggunakan laluan yang sama, telah mendapat catatan yang lebih baik iaitu 16.9 km/L dengan varian Iriz yang sama.

Selepas berhenti seketika di Gopeng, kami meneruskan perjalanan menuju ke Ipoh untuk berhenti makan tengahari sebelum meneruskan perjalanan ke Pulau Pinang. Kali ini kami bergilir-gilir memandu Iriz 1.6L varian Premium bertransmisi CVT.

Proton_Iriz_review_pandu_uji_ 041

Penulis memandu terlebih dahulu, sementara Hafriz dan Jonathan duduk di kerusi penumpang sebelah dan belakang. Varian ini dijanakan oleh enjin 1.6L empat-silinder VVT baharu yang berkeupayaan menghamburkan kuasa maksimum sehingga 105 hp pada 5,750 rpm dan tork 150 Nm pada 3,750 rpm. Penulis akui, enjin 1.6L tidak memberikan masalah, malah puas hati dengan prestasi yang dilampirkan.

Cuma… ada satu perkara yang sedikit ‘kurang’ di sini apabila transmisi CVT yang dipadankan seakan ‘ada-yang-tidak-kena’. CVT daripada clutch-type (bukan torque converter) yang dipadankan untuk Iriz ini seakan ‘menyekat’ kuasa yang dihamburkan oleh enjin. Di mana enjin telah memberikan persembahan yang cukup baik tetapi CVT ini membuatkan ia seakan ‘serba tidak kena’.

Di mana anjakan gear secara automatik dari gear satu ke dua agak tidak berapa pantas. Jadi bila berhenti di lampu isyarat, apabila jentera mahu bergerak semula, CVT ini agak perlahan untuk bertukar anjakan gear. Jadi, apabila kaki menekan lebih pedal pendikit, ngauman transmisi ni bersama enjin ‘membingitkan’ telinga kerana ia menyerap masuk ke dalam kabin dengan agak kuat.

Proton_Iriz_Drive_ 010

Begitu juga yang terjadi apabila pedal kaki memberikan tekanan yang lebih pada pedal pendikit untuk mendapatkan kelajuan yang tinggi. Ngauman ini jelas kedengaran seperti memaksa enjin bergerak pantas.

Namun jika jentera dipacu dalam kelajuan yang sederhana dan apabila momentum kelajuan sudah diperoleh, kelemahan ini tidak begitu dirasai.

Rasanya pihak Proton harus mempertimbangkan penggunaan transmisi CVT dari jenis torque converter untuk model yang akan datang.

Bagi penggunaan bahan apinya, bagi rakan media yang turut mengambil bahagian di dalam Eco Challenge dari Shah Alam-Gopeng yang memandu varian ini, catatan terbaik yang diperoleh ialah antara 10.4 hingga 15.9 km/l. Tetapi menurut Proton, catatan penjimatan bahan api yang telah direkodkan ialah 13.5km/l.

Apa pun, catatan penjimatan bahan api ini boleh dianggap sebagai perkara yang subjektif, kerana ia melibatkan cara pemanduan, muatan yang dibawa, keadaan jalan dan keadaan kenderaan itu sendiri.

Berkenaan dengan pengendaliannya, ia tidak banyak beza dengan varian 1.3L manual. Stereng EPS memang terbaik dan cukup responsif. Ketika melalui jalan berliku di Balik Pulau, Teluk Bahang menuju ke Bukit Feringghi, pemanduan memang menyeronokkan. Kawalan stereng EPS ini sangat membantu dan cukup bekerjasama dengan pedal pendikit serta pedal brek.

Kesemua varian Iriz dilengkapi dengan sistem suspensi topang MacPherson dengan bar penstabilan untuk bahagian hadapan dan gandar Torsion Beam bagi belakang, banyak membantu kestabilan serta kemantapan Iriz. Walau pun olengan badannya agak minima, namun keselesaan sewaktu memandu dan juga sebagai penumpang, jelas dirasai. Sedikit rasa bumpy ketika duduk di bahagian penumpang belakang, tetapi ia masih tidak menjejaskan keseronokan sepanjang perjalanan.

Kesemua varian Iriz memiliki jejari pusingan yang sama iaitu 5.0 meter (minimum) yang memudahkan lagi pengendalian jentera ini terutamanya untuk membuat pusingan U.

Proton_Iriz_review_pandu_uji_ 013

Malah saiz kerangkanya juga sama iaitu 3920 mm panjang, 1722 mm lebar, 1554 mm tinggi serta jarak roda 2555 mm, memudahkan lagi pengendaliannya kerana dengan saiz yang sebegini, ia cukup mudah untuk merentasi lorong yang sempit dan senang untuk diparkir.

Keselesaan memang antara faktor utama Proton dalam membina model kenderaannya. Walau pun Iriz berkerangka hatchback, namun faktor keselesaan masih diambil kira. Bagi ruang dalamannya, ia mencukupi dan memuaskan untuk penumpang bersaiz sederhana. Ruang kaki dan ruang kepalanya juga cukup selesa. Malah tempat duduknya agak besar, cuma penulis lebih merasai keselesaan dengan tempat duduk fabrik berbanding balutan kulit (bagi varian Premium).

Tempat duduk pemandu dengan kerusi semi-bucket memang terbaik dan menyokong kedudukan badan secara maksimum. Ia boleh dilaraskan secara manual untuk keselesaan yang lebih sesuai.

Papan pemuka Iriz juga tampil ringkas dengan butang kawalan yang mudah untuk dikendalikan. Namun apa yang ‘kurang’ di sini ialah panel instrumennya agak kecil. Kadang kala sulit juga mahu memastikan jarum meter berada pada angka 110 km/j kerana selepas 100 km/j ada tiga dot sebelum angka 120 km/j (kalau ada dua dot ok lagi sebab dah tentu satu dot untuk 110 km/j dan satu lagi 115 km/j). Jadi anda perlu mengagak secara lebih tepat untuk menentukan jarum meter berada pada dot yang mana bagi memastikan meter tidak tersasar daripada angka 110 km/j terutamanya jika melalui kawasan ‘speed trap’ dan AES.

Antara elemen dalaman yang boleh didapati pada varian 1.6L Premium ialah kemasukan kunci pintar dengan butang penghidup enjin, roda stereng balutan kulit yang turut disertakan dengan butang kawalan audio, kekemasan kulit pada bahagian permukaan dalaman pintu, skrin sesentuh bersaiz 6.2 inci yang dilengkapi dengan pemain DVD serta sambungan USB, Bluetooth, AUX dan WiFi serta bertindak sebagai paparan navigasi dan kamera undur, poket belakang pada tempat duduk pemandu dan penumpang di sebelah, pelindung matahari tambahan (sun visor with extension) dan juga penyangkut barangan (dengan bebanan seberat 3kg).

Malah varian Premium 1.6L juga dilengkapi dengan indikator berserta dengan bunyi jika ada penumpang termasuk di bahagian belakang yang tidak memakai tali pinggang keselamatan.

Proton_Iriz_1.3_Executive_ 013

Bezanya pula dengan varian 1.3L Executive, ia hanya dilengkapi dengan tempat duduk dan roda stereng balutan fabrik, unit 2-DIN bersama pemain CD dan MP3 dengan sambungan Bluetooth, USB dan AUX.

Kesemua varian mempunyai elemen yang sama untuk pelarasan tempat duduk pemandu secara manual, tempat duduk belakang boleh lipat (60:40), empat pembesar suara (cuma dua sahaja bagi varian standard 1.3L manual), pemegang cawan dan zon tunggal penghawa dingin.

Proton_Iriz_review_pandu_uji_ 079

Seperti mana yang dimaklumkan menerusi artikel tentang Iriz sebelum ini, Proton amat menitik beratkan faktor keselamatan bagi model ini. Iriz dilengkapi dengan Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), ABS, EBD, Sistem Kawalan Cengkaman (TSC), Hill Hold Assist (HHA-juga termasuk untuk transmisi manual), Bantuan Brek Hidraulik (HBA) dan ISOFIX. Dengan elemen keselamatan standard ini turut membolehkan Iriz menerima pengiktirafan lima bintang daripada ASEAN NCAP.

Proton_Iriz_ESP_vs_Myvi_Axia_ 004

Ketika hari kedua berada di Pulau Pinang, kumpulan media yang turut serta berpeluang menguji kehebatan Iriz untuk beberapa ujian pemanduan di perkarangan Stadium Negeri Pulau Pinang, Batu Kawan. Di sini, elemen Kawalan Dinamik Kenderaan (VDC) yang ditampilkan pada Iriz terutamanya ABS, EBD dan ESC diuji. Ujian seperti slalom dapat dilakukan dengan mudah dan ternyata elemen keselamatan yang ada ini sangat membantu terutamanya dalam situasi yang tidka menduga seperti under steer, over steer mahu pun terpaksa brek secara mengejut.

Malah untuk varian Premium, ia dilengkapi dengan enam beg udara. Manakala bagi varian Standard dan Premium, hanya dilengkapi dua beg udara.

Menurut Proton, ini merupakan salah satu misi mereka mempertingkatkan lagi aspek keselamatan bagi model baharu dan yang akan datang. Bukan itu sahaja, Proton juga mempunyai sasaran untuk memperluaskan pasaran bagi Iriz di pasaran global. Justeru, elemen keselamatan yang diterapkan ini adalah penting untuk mendapat tempat di peringkat global.

Bagi imej luaran Iriz ini, tidak dinafikan ia cukup impresif. Gabungan sporty, agresif dan kontemporari bersatu menjadikan Iriz ini tampil cukup bergaya.

Kesemua varian dilengkapi dengan lampu utama projektor dan lampu belakang kombinasi. Bagi varian Executive, ia mempunyai kit badan yang sama warna dengan kerangka. Manakala varian Premium pula, kit badannya dengan rona dual tone.

Manakala varian 1.3L dilengkapi dengan rim aloi bersaiz 14 inci yang dibaluti tayar 175/65. Varian 1.6L pula dipadankan dengan rim aloi bersaiz 15 inci bersama tayar 195/55.

Tidak banyak yang boleh diceritakan mengenai paras rupa luaran Iriz ini. Anda lihat sendiri menerusi lambakan foto di galeri bawah ini ya. Yang penting….imej yang ditonjolkan ini memang impresif!

Dengan harga yang ditawarkan iaitu RM42,438 hingga RM49,888 bagi varian 1.3L dan RM53,438 hingga RM62,888 untuk varian 1.6L, pemilikan Iriz ini dilihat sangat berbaloi. Apatah lagi dengan adanya waranti selama lima tahun dan servis percuma selama tiga tahun daripada Proton yang menambahkan lagi ‘bonus’ untuk pemilik model ini.

Apa lagi yang anda inginkan daripada Proton, Iriz dijual dengan harga yang cukup berpatutan, sarat dengan elemen keselamatan yang penting serta kekemasan terutamanya pada bahagian dalamanya boleh dikatakan hampir mirip dengan model pesaing jenama luar. Begitu juga dengan imej luaran yang ditonjolkan juga cukup menarik pada pandangan mata.

Selepas Preve dan Suprima S, Iriz umpama modal bagi Proton untuk ‘membeli-semula’ jiwa rakyat Malaysia terutamanya yang pernah memiliki pendapat klise terhadap jenama ini. Sebelum ini, memang ramai yang berpendapat model keluaran Proton kurang berkualiti kerana terdapat banyak masalah. Namun kini, Proton semakin peka dengan soal kualiti dan berazam untuk memberikan produk yang terbaik dengan harga yang berpatutan.

Malah Proton juga memiliki impian yang besar untuk menembusi pasaran global secara lebih meluas lagi. Maka, penghasilan Iriz dilihat sebagai ‘batu loncatan’ bagi Proton merealisasikan impian ini. Sebagai rakyat Malaysia, tak salah sekiranya kita memberi peluang kepada pengeluar automotif tempatan ini dalam ‘membersihkan’ semula imejnya yang pernah tercalar suatu masa dahulu.

Walau tidak membeli, tetapi usah terus mengeji. Lihat dahulu apa langkah Proton seterusnya…

Proton Iriz 1.6 Premium CVT

Proton Iriz 1.3 Executive MT

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

9 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

redmiqq bandarpkv bagiqq viralqq lonteqq serverpkv abangqq 788bola ligadunia365 resmibet 66mega https://halofkmusu.or.id/wp-includes/blocks/details/pokerqq/ https://halofkmusu.or.id/wp-includes/blocks/details/dominoqq/ https://halofkmusu.or.id/wp-includes/css/dist/patterns/parlay/ https://greenstem.swu.bg/wp-includes/bandarqq/ https://greenstem.swu.bg/wp-includes/getwin/ https://greenstem.swu.bg/wp-includes/dominoqq/ https://drfreezones.com/wp-content/docs/pkvgames/ https://drfreezones.com/wp-content/docs/bandarqq/ https://drfreezones.com/wp-content/docs/dominoqq/ https://royalindiantaste.be/wp-includes/bandarqq/ https://royalindiantaste.be/wp-includes/pkvgames/ https://royalindiantaste.be/wp-includes/dominoqq/ https://edp-ppend1.swu.bg/wp-includes/pkvgames/ https://edp-ppend1.swu.bg/wp-includes/bandarqq/ https://edp-ppend1.swu.bg/wp-includes/dominoqq/ http://s1.joost.com/ https://dbqpbvms.org/cr-7/bandarqq/ https://dbqpbvms.org/cr-7/pkvgames/ https://dlc.com.sa/bandarqq/ https://dlc.com.sa/pkvgames/ https://dlc.com.sa/dominoqq/ https://airportscouncil.org/wp-content/uploads/pokerqq/ https://airportscouncil.org/wp-content/uploads/bandarqq/ https://airportscouncil.org/wp-content/uploads/2024/slotgacor/index.html https://airportscouncil.org/wp-content/uploads/dominoqq/ https://airportscouncil.org/wp-content/uploads/pkvgames/ https://ladyblossomke.co.ke/wp-includes/bandarqq/ https://www.naturecure.org.in/naturecure/pkv/ https://ieomsociety.org/indonesia/wp-content/uploads/2020/pkvgames/ https://dbqpbvms.org/docs/parlay/ https://dbqpbvms.org/mixparlay/ https://dbqpbvms.org/bandarqq/ https://dbqpbvms.org/public/domino99/ https://www.dentalworldindia.com/web/bandarqq/ https://www.dentalworldindia.com/ind/99/ https://www.dentalworldindia.com/oral-care/pkv/ https://www.dentalworldindia.com/qiuqiu/ https://halofkmusu.or.id/wp-content/upgrade-temp-backup/bandarqq/ https://halofkmusu.or.id/wp-content/upgrade-temp-backup/pkvgames/ https://halofkmusu.or.id/wp-content/upgrade-temp-backup/qiuqiu/ https://halofkmusu.or.id/wp-includes/l10n/mixparlay/ https://halofkmusu.or.id/wp-includes/l10n/77rabbit/ https://halofkmusu.or.id/wp-content/plugins/elementor/halo-usu/dominoqq/ https://halofkmusu.or.id/wp-includes/interactivity-api/demo/slotdemo/ https://suarausu.or.id/wp-content/tutor/ https://suarausu.or.id/wp-content/web/qiuqiu/ https://suarausu.or.id/wp-content/public/mposlot/ https://suarausu.or.id/wp-content/public/slot77/ https://suarausu.or.id/wp-content/Apk/mt777/ https://suarausu.or.id/wp-content/Apk/rp777/ https://suarausu.or.id/wp-content/post/77rabbit/ https://www.ahcfacilities.com/docs/pkvgames/ https://c-lines.com/wp-includes/web/qiuqiu/ https://c-lines.com/project/dominoqq/ https://www.sorsicorti.it/gifts/pokerqq/ https://www.sorsicorti.it/gifts/pkvgames/ https://petrosains.com.my/wp-content/plugins/docs/bandarqq/ https://petrosains.com.my/wp-content/plugins/docs/pkvgames/ https://petrosains.com.my/wp-content/plugins/webs/dominoqq/ https://petrosains.com.my/wp-content/sains/77rabbit/ https://www.petronastwintowers.com.my/wp-content/plugins/towers/bandarqq/ https://www.petronastwintowers.com.my/wp-content/plugins/towers/dominoqq/ https://www.petronastwintowers.com.my/wp-content/plugins/towers/pkvgames/ https://www.apty.io/wp-includes/apty/bandarqq/ https://www.apty.io/wp-includes/apty/dominoqq/ https://www.apty.io/wp-includes/apty/pkvgames/ https://www.apty.io/wp-includes/games/parlay/ https://dap.apty.io/demo/slotdemo/ https://dap.apty.io/demo/slot777/ https://dap.apty.io/demo/mposlot/ https://dap.apty.io/demo/77rabbit/ https://wpsotp.schooloftomorrow.ph/sch-ph/qq/ https://neerajbhagat.com/bandarqq/ https://neerajbhagat.com/dominoqq/ https://neerajbhagat.com/pkvgames/