Volkswagen Jetta penuh aspirasi

By  |  0 Comments

Jetta_Ext_04

Pada 28 April yang lalu, Volkswagen Group Malaysia (VGM) telah melancarkan model Jetta versi pemasangan tempatan (CKD) untuk pasaran negara ini. Ia merupakan model ketiga VW bagi unit CKD selepas Passat, Polo sedan dan Polo hatchback yang dipasang di kilang VW yang terletak di Pekan, Pahang.

Tidak lengkap rasanya jika tidak memandu uji model ini. Maka, tawaran yang diberikan oleh pihak VGM untuk memandu uji Jetta ini selama beberapa tidak dilepaskan begitu sahaja.

Jika dilihat pada imej yang dipersembahkan, pasti ramai yang beranggapan, jentera sedan ini lebih sesuai untuk individu yang berusia 40 tahun ke atas. Namun jika dibandingkan dengan kuasa dan prestasi yang dimiliki, Jetta ini pastinya mampu menambat hati golongan di bawah umur yang disebut.

Jetta menggunakan enjin 1.4 liter TSI pengecas turbo sebagai nadi utamanya. Ia mampu mengekspresikan kuasa maksimum sehingga 160 PS pada 5,800 rpm dan tork 240 Nm pada 1,500 hingga 4,500 rpm.

Jetta_Ext_30

Ia dipadankan dengan kotak gear DSG direct shift tujuh kelajuan. Menurut catatan di dalam risalah spesifikasi, ia mampu dipacu daripada titik sifar sehingga 100km/j dengan catatan masa 8.3 saat dan mampu mencapai kelajuan maksimum sehingga 221km/j.

Sememangnya diakui, Jetta seronok dikendalikan sama ada dengan pemanduan santai atau pun sedikit agresif. Malah enjinnya begitu pantas menyalurkan kuasa seperti yang dikehendaki. Jika ingin meningkatkan kelajuan, pedal pendikit hanya perlu dipijak lebih sedikit, terus berdesup enjin mempersembahkan tenaga yang menguja. Malah jika saluran kuasa diperlukan secara mendadak sekali pun, enjin cukup responsif memberikannya.

Malah padanan transmisi DSG juga tidak bermasalah dan mampu bertindak dengan cukup responsif. Anjakan gear ke gear juga lancar dan bunyi yang terhasil juga agak minimal. Ini membuatkan pemanduan lebih selesa dan menyenangkan.

Seperti biasa, penulis akan melenjan jentera ini di lokasi kegemaran iaitu jalan Puncak Alam-Kuala Selangor-Lebuh raya LATAR. Jadi penulis dapat merasai pengalaman mengendalikannya sama ada di jalan biasa, jalan kampung dan juga lebuh raya. Ternyata Jetta mampu menghamburkan kepuasan ketika melalui jalan-jalan sebegini.

Jetta_Ext_38

Juga termasuk dengan pelbagai corak permukaan jalan, sama ada berselekoh, berbukit, beralun atau pun jalan lurus. Jetta pantas menyesuaikan diri melalui corak perjalanan sebegini dan prestasinya tidak menghampakan.

Malahan, kerjasama di antara pedal pendikit, pedal brek, dan stereng seakan bersatu. Bergabung memberikan respons yang diperlukan. Ketika melalui jalan berselekoh, jentera terasa sedikit berat, bagi mengekalkan kestabilannya, namun masih kekal mantap. Puas bermain dengan stereng dan pedal pendikit ketika melalui jalan berselekoh. Seakan memacu sebuah jentera hatchback pula.

Malah sebelum ini, VGM pernah membawa sekumpulan media tempatan menikmati nasi vanggey di Ipoh, Perak. Dan ketika itu, penulis memilih untuk menjadi penumpang di belakang, menaiki Jetta. Dapat dirasai keselesaan yang begitu optimum. Malah olengan badannya juga cukup minimal.

Ketika rakan media memecut merentasi Lebuh Raya Utara-Selatan, dek kerana keselesaan yang dirasai, hampir juga melayan rasa mengantuk di belakang. Bukan kerana penangan nasi vanggey, tapi keselesaan itu seakan meresapi dalam diri hingga mengundang rasa mengantuk biar pun penulis bukanlah spesies yang mudah tertidur ketika menaiki kenderaan!

Secara konklusi mengenai prestasi dan pengendaliannya, Jetta ternyata mempunyai kuasa berpadanan. Tiada yang terlebih mahu yang berkurangan. Prestasinya boleh dikatakan berada pada tahap yang begitu memuaskan. Tiada omelan setelah puas memandu ujinya. Puas.

Jetta_Ext_20

Secara tidak langsung, ia dapat membantu menangkis persepsi kebanyakan orang bahawa Jetta ini lebih sesuai untuk individu yang berusia 40 tahun ke atas. Ini kerana, kuasa dan prestasi Jetta sebenarnya lebih ‘muda’. Malah penulis merasakan, Jetta lebih seronok dipandu berbanding dengan VW Polo hatchback. Ini kesimpulan secara peribadi, lain orang mungkin memiliki pendapat yang berbeza.

Walau pun memiliki prestasi yang dianggap sporty, namun Jetta turut menawarkan penjimatan bahan api yang efisien iaitu 6.0 liter untuk setiap 100km (atau 16.7km per liter) mengikut standard Euro 5.

Untuk aspek keselamatan pula, Jetta turut dilengkapi dengan enam beg udara, Kawalan Keselamatan Elektronik (ESC), ABS, BA, Hill-hold Control, Isofix dan pengesan hujan.

Bagi elemen yang ditampilkan, Jetta bagi unit CKD ini tidak menerima sebarang perubahan daripada sudut mekanikal dan imej kerana ia masih sama dengan unit CBU.

Jetta_Int_26

Namun, untuk memberikan sedikit kelainan, VGM telah membawa sedikit perubahan untuk model CKD ini. Di mana ia dilengkapi dengan unit radio baharu iaitu RCD 320 menggantikan sistem multimedia RCD 310. Ia turut mempunyai sambungan Bluetooth, slot kad-SD, USB, AUX dan iPod. Sistem audio ini turut dipadankan dengan enam pembesar suara. Malah ia juga tampil dengan tiga butang kawalan penghawa dingin berbanding hanya dua bagi model CBU.

Selain daripada itu, lain-lain elemen yang turut ditampilkan pada Jetta unit CKD ini masih sama seperti model CBU.
Antaranya roda stereng, pemegang brek tangan dan tombol gear balutan kulit, konsep dekorasi dalaman “Black Pyramids” pada papan pemuka dan kekemasan pada panel pintu.

Elemen lain yang turut ditampilkan pada Jetta ialah cermin pandang belakang anti silau automatik, kawalan kelajuan, cermin tingkap berkuasa automatik, ruang penyimpanan barang di bahagian bawah papan pemuka dengan fungi penyejukan, dan ruang kargo berkapasiti 510 liter. Namun untuk unit CKD ini, ia tidak menampilkan pedal penukar gear seperti mana yang terdapat pada model CBU.

Bagi keselesaan yang lebih optimum pada pemandu dan para penumpang, tempat duduk balutan fabrik ‘Sienna’ menjadi pilihan. Malah tempat duduk belakang juga boleh dilipat dalam nisbah 60:40 untuk memberi lebihan ruang kargo.

Jetta_Int_32

Begitu juga dengan imej luaran, ia masih sama dengan Jetta unit CBU. Masih tampil dengan rekaan dinamik dengan padanan rim aloi bersaiz 16 inci, jeriji krom dan paip ekzos berkembar. Malah turut dipadankan lampu utama halogen dengan fungsi automatik ‘Leaving Home’ dan pelarasan manual ‘Coming Home’.

Jetta turut dilengkapi dengan Kawalan Jarak Parkir (PDC) untuk bahagian belakang dan hadapan dan cermin sisi pelarasan elektronik bagi memudahkan pemandu terutamanya ketika memarkir kenderaan.

Dengan harga bermula RM130,888, Jetta versi CKD ini boleh dikatakan tiada cacat celanya. Walau pun tidak mampu melangkaui kualiti yang dipamerkan oleh model CBU, namun ia telah diproduksikan sebaik mungkin. Maka, pemilihan Jetta ini sebagai kenderaan peribadi wajar dipertimbangkan kerana ia mampu menduduki senarai pilihan terbaik anda.

Spesifikasi :
Enjin : 1.4 liter, 4-silinder, suntikan terus & pengecas turbo
Transmisi : DSG dengan 7-kelajuan
Kuasa maksimum : 160 PS @ 5,800 rpm

Tork maksimum : 240 Nm @ 1,500-4,500 rpm

Pilihan warna : Candy White, Platinum Grey, Reflex Silver & Deep Black
Harga : RM130,888 (tanpa pendaftaran & insurans)

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

redmiqq bandarpkv bagiqq viralqq lonteqq serverpkv abangqq 788bola ligadunia365 resmibet 66mega https://halofkmusu.or.id/wp-includes/blocks/details/pokerqq/ https://halofkmusu.or.id/wp-includes/blocks/details/dominoqq/ https://halofkmusu.or.id/wp-includes/css/dist/patterns/parlay/ https://greenstem.swu.bg/wp-includes/bandarqq/ https://greenstem.swu.bg/wp-includes/getwin/ https://greenstem.swu.bg/wp-includes/dominoqq/ https://drfreezones.com/wp-content/docs/pkvgames/ https://drfreezones.com/wp-content/docs/bandarqq/ https://drfreezones.com/wp-content/docs/dominoqq/ https://royalindiantaste.be/wp-includes/bandarqq/ https://royalindiantaste.be/wp-includes/pkvgames/ https://royalindiantaste.be/wp-includes/dominoqq/ https://edp-ppend1.swu.bg/wp-includes/pkvgames/ https://edp-ppend1.swu.bg/wp-includes/bandarqq/ https://edp-ppend1.swu.bg/wp-includes/dominoqq/ http://s1.joost.com/ https://dbqpbvms.org/cr-7/bandarqq/ https://dbqpbvms.org/cr-7/pkvgames/ https://dlc.com.sa/bandarqq/ https://dlc.com.sa/pkvgames/ https://dlc.com.sa/dominoqq/ https://airportscouncil.org/wp-content/uploads/pokerqq/ https://airportscouncil.org/wp-content/uploads/bandarqq/ https://airportscouncil.org/wp-content/uploads/2024/slotgacor/index.html https://airportscouncil.org/wp-content/uploads/dominoqq/ https://airportscouncil.org/wp-content/uploads/pkvgames/ https://ladyblossomke.co.ke/wp-includes/bandarqq/ https://www.naturecure.org.in/naturecure/pkv/ https://ieomsociety.org/indonesia/wp-content/uploads/2020/pkvgames/ https://dbqpbvms.org/docs/parlay/ https://dbqpbvms.org/mixparlay/ https://dbqpbvms.org/bandarqq/ https://dbqpbvms.org/public/domino99/ https://www.dentalworldindia.com/web/bandarqq/ https://www.dentalworldindia.com/ind/99/ https://www.dentalworldindia.com/oral-care/pkv/ https://www.dentalworldindia.com/qiuqiu/ https://halofkmusu.or.id/wp-content/upgrade-temp-backup/bandarqq/ https://halofkmusu.or.id/wp-content/upgrade-temp-backup/pkvgames/ https://halofkmusu.or.id/wp-content/upgrade-temp-backup/qiuqiu/ https://halofkmusu.or.id/wp-includes/l10n/mixparlay/ https://halofkmusu.or.id/wp-includes/l10n/77rabbit/ https://halofkmusu.or.id/wp-content/plugins/elementor/halo-usu/dominoqq/ https://halofkmusu.or.id/wp-includes/interactivity-api/demo/slotdemo/ https://suarausu.or.id/wp-content/tutor/ https://suarausu.or.id/wp-content/web/qiuqiu/ https://suarausu.or.id/wp-content/public/mposlot/ https://suarausu.or.id/wp-content/public/slot77/ https://suarausu.or.id/wp-content/Apk/mt777/ https://suarausu.or.id/wp-content/Apk/rp777/ https://suarausu.or.id/wp-content/post/77rabbit/ https://www.ahcfacilities.com/docs/pkvgames/ https://c-lines.com/wp-includes/web/qiuqiu/ https://c-lines.com/project/dominoqq/ https://www.sorsicorti.it/gifts/pokerqq/ https://www.sorsicorti.it/gifts/pkvgames/ https://petrosains.com.my/wp-content/plugins/docs/bandarqq/ https://petrosains.com.my/wp-content/plugins/docs/pkvgames/ https://petrosains.com.my/wp-content/plugins/webs/dominoqq/ https://petrosains.com.my/wp-content/sains/77rabbit/ https://www.petronastwintowers.com.my/wp-content/plugins/towers/bandarqq/ https://www.petronastwintowers.com.my/wp-content/plugins/towers/dominoqq/ https://www.petronastwintowers.com.my/wp-content/plugins/towers/pkvgames/ https://www.apty.io/wp-includes/apty/bandarqq/ https://www.apty.io/wp-includes/apty/dominoqq/ https://www.apty.io/wp-includes/apty/pkvgames/ https://www.apty.io/wp-includes/games/parlay/ https://dap.apty.io/demo/slotdemo/ https://dap.apty.io/demo/slot777/ https://dap.apty.io/demo/mposlot/ https://dap.apty.io/demo/77rabbit/ https://wpsotp.schooloftomorrow.ph/sch-ph/qq/ https://neerajbhagat.com/bandarqq/ https://neerajbhagat.com/dominoqq/ https://neerajbhagat.com/pkvgames/