Mercedes-Benz C63 AMG serba mewah

By  |  0 Comments

Merc-AMG_C63_5

Mercedes-Benz turut memperkenalkan model serba baharu iaitu C63 AMG 2015 di Paris Motor Show. Ia ditampilkan dengan dua versi iaitu sports sedan dan wagon, di mana kedua-duanya juga akan ditawarkan bersama dua varian.

Varian standard bakal hadir dengan enjin 4.0L Twin-Turbo V8 yang mampu menjanakan kuasa sehingga 476 hp dan tork 650 N. Manakala varian C63 S pula mampu menghasilkan kuasa sehingga 510 hp dan tork 700 Nm yang dijanakan oleh enjin yang sama tetapi dibantu oleh motor AMG GT.

Merc-AMG_C63_Estate_11

Model sedan C63 AMG S mampu dipacu dalam tempoh 4.0 saat daripada titik sifar sehingga 100km/j dan boleh mencapai kelajuan maksimum sehingga 250 km/j. Bagi C63 AMG S Estate pula, ia boleh dipacu daripada titik sifar sehingga 100km/j dalam tempot 4.1 saat.

Manakala bagi model standard sedan dan wagon pula, ia kurang 0.1 saat berbanding dengan kedua-dua varian S.

Merc-AMG_C63_16

Keempat-empat varian tersebut turut dipadankan dengan transmisi sport AMG SPEEDSHIFT tujuh-kelajuan yang telah diberi penambahbaikan bagi meningkatkan lagi kuasa responsifnya.

Bagi varian S, ia dipadankan dengan rim aloi bersaiz 19 inci, manakala model standard hanya 18 inci.

Mercedes-Benz C63 AMG dijangka bakal menembusi pasaran dunia pada awal tahun hadapan.

Mercedes-Benz C63 AMG

Mercedes-Benz C63 AMG Estate

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *