GST bakal memberikan kesan terhadap harga bahan api petrol?

By  |  0 Comments

RON95

Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang bakal dilaksanakan pada April tahun hadapan, masih menantikan senarai panjang barangan keperluan yang bakal tidak dikenakan cukai tersebut.

Namun dengar cerita, bahan api petrol mungkin tidak akan termasuk di dalam senarai tersebut.

Dalam satu laporan yang disiarkan oleh akhbar Sin Chew Daily, Jabatan Kastam DiRaja Malaysia menerusi Penolong Pengarah Kanan, Ishak Daud, menyatakan isu ini ketika menghadiri Taklimat GST yang dianjurkan oleh Universiti Tunku Abdul Rahman dan Persatuan Institut Setiausaha dan Pentadbir Berkanun Syarikat (MAICSA) di KL semalam.

Beliau berkata, pihak Kerajaan akan mengumumkan 80 hingga 85 perkara tambahan untuk senarai bebas GST sebelum pembentangan Bajet 2015 yang dijangka berlangsung pada Oktober ini.

Laporan sebelum ini menyebut, kerajaan sedang mempertimbangkan kemungkinan besar bakal mengecualikan bahan api RON 95 dan diesel daripada GST. Di mana kedua-duanya telah dikecualikan daripada cukai jualan semasa, iaitu yang bakal digantikan oleh GST dengan kadar enam peratus. Ini bermakna, jika subsidi bagi bahan api kekal, kemungkinan besar harga bahan api petrol dijangka meningkat pada April 2015.

Buat masa ini, harga pasaran bagi RON 95 ialah RM2.10 seliter, dengan menerima subsidi daripada kerajaan. Manakala harga bagi RON 97 pula bergantung pada harga pasaran dunia dan terkini telah menurun 10 sen menjadi RM2.75 seliter.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *