Mitsubishi umum kempen panggil semula melibatkan 2,083 modelnya di Malaysia

By  |  0 Comments

http://www.autogaleria.hu -

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) baru sahaja mengeluarkan kenyataan akhbar berhubung dengan kempen “Field Fix” iaitu memanggil semula 2,083 modelnya yang terjual di seluruh Malaysia.

Kempen ini melibatkan enam model iaitu Airtrek, Colt, Lancer, Lancer Evolution, Grandis dan Outlander yang diproduksi sebelum 14 Mac 2008. Ini sebagai inisiatif bagi pemeriksaan suis lampu dan menukar komponen yang terjejas itu jika diperlukan.

Didapati kemungkinan besar struktur papan litar bagi suis lampu tersebut retak yang boleh menyebabkan lampu isyarat dan lampu utama bermasalah. Sama ada ia boleh menyebabkan kedua-dua lampu terbabit berkelip-kelip, terbakar, tidak menyala langsung atau sentiasa menyala.

MMM akan menghantar surat makluman ini kepada semua pemilik model kenderaan Mitsubishi terbabit dan pemeriksaan komponen tersebut termasuk penukaran alat ganti akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak MMM sendiri.

Malah MMM juga mengalu-alukan pemilik kenderaan terbabit segera membuat temujanji di mana-mana pusat servis Mitsubishi yang bertauliah untuk melakukan pemeriksaan dan/atau menukar alat ganti terbabit.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi www.mitsubishi-motors.com.my atau hubungi bahagian khidmat pelanggan di talian 1-800-18-6611 (Isnin hingga Jumaat, 9.00 pagi-5.00 petang).

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *