Mercedes-Benz Malaysia rai ulang tahun ke-10 kilang pemasangannya di Pekan, Pahang

By  |  0 Comments

MERC

Sudah memasuki usia sedekad kilang pemasangan Mercedes-Benz yang terletak di Pekan, Pahang, menandakan komitmen jitu jenama terkenal ini untuk pasaran Malaysia. Bertanggungjawab di dalam memasang tiga model kenderaan penumpang Mercedes-Benz bagi unit CKD iaitu C-Class, E-Class dan S-Class serta kenderaan komersil Mitsubishi FUSO bagi pasaran tempatan, kilang ini turut dilengkapi dengan pelbagai fasiliti dan teknologi moden yang diperlukan.

Ketika ditemui dalam majlis meraikan ulang tahu yang ke-10 kilang pemasangan ini, Presiden dan CEO Mercedes-Benz Malaysia Sdn Bhd (MBM) , Roland Folger berkata, “Malaysia merupakan pasaran penting bagi Mercedes-Benz and Daimler dan kami sentiasa mencari peluang bagi meningkatkan operasi kami di sini.”

Kejayaan dalam memproduksi dan berjaya menjual kesemua 264 unit model S400L Hybrid pada tahun ini dilihat sebagai contoh utama potensi pasaran Malaysia. Model tersebut dijual pada harga bebas cukai RM587,888.

20140822_093526

Menurut Folger lagi, Malaysia merupakan pasaran penting bagi Mercedes-Benz dan Daimler. Oleh kerana itu, MBM sentiasa mencari ruang dan peluang untuk mengembangkan lagi sayap mereka di Malaysia.

Kilang di Pekan ini juga merupakan salah satu daripada enam kilang CKD kereta penumpangnya di seluruh dunia. Malah sehingga kini, MBM juga merancang mengembangkan barisan pengeluaran. Walau bagaimana pun pengembangan itu masih sedang di peringkat perbincangan dan akan diumumkan apabila tiba masanya kelak.

Dengan seramai 1,079 pekerja tempatan dan dua pakar luar, kilang ini telah menghasilkan 34,000 kereta penumpang dan lebih 18,700 kenderaan perdagangan sepanjang ia beroperasi.

20140822_092447

Folger turut menambah, perkembangan terkini bagi kilang ini ialah mereka sedang melebarkan operasi bahagian cat di kilang kereta penumpang unit terurai di mana kerja-kerja pembinaan akan bermula pada September ini.

Sejak mula beroperasi 10 tahun yang lalu, MBM telah melabur lebih RM250 juta bagi operasi kilang ini dan ia akan bertambah mengikut keperluan serta kehendak pasaran daripada masa ke semasa. 


20140822_095518

MBM kini memiliki 58 wakil penjual sah dan 87 pusat jualan yang menyediakan perkhidmatan jualan dan selepas jualan di seluruh negara.

Majlis sambutan ulang tahun ke-10 ini turut dihadiri oleh Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Lee Chee Leong serta Ketua Pegawai Eksekutif Wilayah Ekonomi Pantai Timur Datuk Jebasingam Issace John.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *