10 model kenderaan terhangat 2013 mengikut Google

By  |  0 Comments

new-google-logo-knockoff

Pejam celik..pejam celik.. Pantas betul masa berlalu meninggalkan kita. Antara sedar atau tidak, cuma berbaki 15 hari lagi tirai 2013 bakal berlabuh. Dan hari ini, enjin pencari terkemuka dunia siber, Google, telah mengumumkan carta pencarian terkemuka di Malaysia sepanjang tahun 2013 atau pun Year End Zeitgeist. Ia dikira berdasarkan pencarian paling popular atau pun hottest trends mengikut beberapa kategori tertentu.

Menurut Ketua Bahagian Komunikasi dan Perhubungan Awam Google Malaysia, Zeffri Yusof, “Google merupakan enjin pencariaan paling digemari buat rakyat Malaysia yang ingin mendapatkan maklumat terpantas melalui dunia siber. Year End Zeitgeist ini boleh dianggap umpama barometer atau pun peranti pengukur saintifik yang mampu mengesan topik-topik atau pencarian terhangat di Malaysia sepanjang 2013.”

Proton_Suprima_S_vs_Preve_-001

Salah satu kategori yang turut menjadi ‘intipan’ Year End Zeitgeist‘ ini ialah pencarian model kereta terhangat 2013. Walau pun sebaris nama ini sering kali mengundang perbualan atau pun perdebatan hangat terutamanya di laman media sosial, ternyata ramai rakyat Malaysia yang ingin mengetahui perkembangannya. Nama atau jenama yang dimaksudkan itu ialah Proton di mana ia mengungguli tiga kedudukan terbaik dalam senarai 10 model kenderaan terhangat di Malaysia yang dicari-cari maklumatnya. Di mana model hatchback Proton yang dilancarkan pada September lalu iaitu Proton Suprima S menduduki tempat pertama. Diikuti pula dengan model kenderaan mampu milik khas buat rakyat Malaysia, juga buatan Proton iaitu Proton Saga SV. Manakala Proton Preve pula menduduki tangga ke-lapan.

Kia_Cerato_Review_014

Nissan Almera pula menduduki tangga ke-tiga, diikuti dengan Kia Cerato, Toyota Vios, Kia Rio dan Peugeot 208. Dua tangga terakhir pula diduduki oleh Ford Kuga dan kejutan buat satu-satunya jentera prestasi tinggi yang tiba-tiba namanya termasuk dalam carta iaitu Lamborghini Veneno.

Veneno
Untuk maklumat lanjut mengenai Google Zeitgeist seantero global, layari googlezeitgeist.com.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *