DRB-Hicom bakal mendapat hak francias Alfa Romeo?

By  |  0 Comments

Alfa_Romeo_Giulietta_Collezione

Jika Khamis lalu, Sime Darby Bhd menggumumkan bahawa syarikat konglomerat ini telah melepaskan hak francias pengedaran dan penjualan kenderaan jenama Alfa Romeo untuk pasaran Malaysia. Hari ini pula terdapat perkhabaran bahawa sebuah lagi syarikat korporat gergasi, DRB-Hicom Bhd dikatakan dalam perbincangan untuk mendapatkan hak francias ke atas Alfa Romeo.

Menurut sumber dari Fiat SpA iaitu empunya bagi jenama Alfa Romeo, berkata proses perbincangan dengan DRB-Hicom sedang berlangsung dan mereka sangat berminat untuk menjalinkan usaha sama memperluaskan pasaran di Malaysia. Buat setakat ini, pihak pengurusan tertinggi Fiat sangat berpuas hati dengan rekod pencapaian yang ditunjukkan oleh DRB-Hicom di dalam industri automotif. Malah dengan jenama automotif besar dunia seperti Audi yang turut bernaung di bawah syarikat ini, membuktikan bahawa DRB-Hicom memiliki komitmen yang sangat jitu di dalam industri ini. Di samping turut mempunyai rekod cemerlang di dalam jumlah unit model kenderaan yang diproduksi menerusi program pemasangan tempatan (CKD).

Untuk rekod, DRB-Hicom merupakan pengimport dan pengedar bagi Audi untuk Malaysia sejak tahun 2003 yang diuruskan oleh salah sebuah anak syarikatnya iaitu Euromobil Sdn Bhd. Dengan jumlah jualan 1,414 unit pada tahun 2012 dan mungkin bakal meningkat ke 2,500 untuk tahun ini, ia merupakan suatu perkembangan yang sangat memberangsangkan.

Selain Audi, DRB-Hicom turut bertanggungjawab di dalam pengedaran, penjualan dan pemasangan unit tempatan bagi jenama seperti Honda, Isuzu, Volkswagen, Mitsubishi, Suzuki dan Mercedes-Benz.

Selain daripada DRB-Hicom, syarikat lain yang turut menunjukkan minat untuk mendapatkan hak francias Alfa Romeo untuk pasaran Malaysia ialah Eminent Century Sdn Bhd yang merupakan pengimport rasmi kenderaan Lamborghini di sini.

Walau bagaimana pun, menerusi rundingan yang sedang berlangsung, Fiat SpA dikatakan lebih berminat untuk menerima tawaran daripada DRB-Hicom di atas kepercayaan terhadap keupayaan, komitmen dan usaha syarikat ini di dalam meningkatkan jualan setiap model kenderaan di bawah naungannya.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *