Kenderaan mewah juga tidak terlepas daripada kemalangan andai pemandu cuai – KP MIROS

By  |  0 Comments
Gambar kemalangan yang melibatkan dua jentera Ferrari yang berlaku di Jepun

Gambar kemalangan yang melibatkan dua jentera Ferrari yang berlaku di Jepun

BERNAMA hari ini melaporkan kenyataan dari Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) Prof Dr Wong Shaw Voon yang berpendapat bahawa golongan yang memandu kenderaan mewah dan berkuasa tinggi juga tidak terlepas daripada kemalangan andai memandu secara cuai.

Katanya, biar pun kenderaan mewah atau berkuasa tinggi dilengkapi dengan pelbagai teknologi termoden, ia tidak menjamin kenderaan tersebut kebal daripada kemalangan yang mungkin boleh meragut nyawa.

Sikap pemandu yang sering kali memandu melebihi had laju yang ditetapkan dengan memberi alasan sedikit peningkatan kelajuan tidak akan mendatangkan sebarang masalah, mungkin boleh mengundang padah dan risiko yang besar.

Wong juga mengulas setiap jalan raya sudah direka bentuk dengan kategori tertentu mengikut keadaan persekitaran. Malah had laju ditetapkan berdasarkan reka bentuk jalan raya itu.

Oleh itu, Wong turut ingin mengingatkan para pemandu termasuk yang memandu kenderaan mewah atau berkuasa tinggi supaya adalah penting untuk mencegah pelanggaran, berbanding menyesali sekiranya ia terjadi dan mungkin kehilangan nyawa.

Dalam masa yang sama, Ketua Unit Analisa Tingkah Laku dan Penilaian Miros, Noradrenalina Isah, berkata kajian Miros pada 2012 mendapati pemandu berusia 42 tahun ke bawah paling cenderung untuk melakukan kesalahan jalan raya termasuk memandu melebihi had laju. Ia didorong oleh pemandu di usia itu yang kurang pengalaman disaman dan menganggap kurang berisiko untuk dikenakan tindakan tersebut.

Malah menerusi kajian itu juga mendapati kaum lelaki dua kali ganda lebih cenderung melakukan kesalahan jalan raya berbanding wanita.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *