Raya Dengan Gaya Bersama Mitsubishi

By  |  1 Comment

ASX

Kurang dari sebulan, umat Islam di negara ini bakal menyambut kedatangan bulan Ramadan. Ini bermakna hari raya juga bakal menjelma pada penghujung Julai ini.

Jadi, mungkin ada di antara anda yang berimpian untuk berkereta baharu pada hari raya ini. Maka, berita baik untuk anda. Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) sudah pun mengadakan promosi hari raya bermula hari ini. Pelbagai tawaran menarik menanti anda termasuklah program penyelenggaraan percuma selama dua tahun dan rebet tunai sehingga RM7,000 untuk mana-mana model Mitsubishi terpilih.

Di mana bermula hari ini sehingga 30 Jun 2014, para pelanggan yang menempah dan mendaftar model ASX bakal menikmati program penyelenggaraan percuma selama dua tahun dan juga waranti selama lima tahun. Model ASX 2WD ditawarkan pada harga RM114,743.50, manakala bagi varian 4WD pula RM128,879.50.

Attrage

Manakala bagi pelanggan yang memilih sedan paling jimat minyak di Malaysia, Attrage memberikan pulangan rebet tunai sehingga RM7,000. Attrage SE dijual pada RM75,796.50 dan Attrage GS pula RM67,978.50.

Bagi Mirage pula, para pelanggan juga berpeluang mendapat rebet tunai sehingga RM6,000. Mirage GS berharga RM64,090.65 dan Mirage GL pula RM60,198.65.

Termasuk juga dalam senarai promosi ini ialah Pajero Sport di mana para pelanggan berpeluang menikmati rebet tunai sehingga RM7,000. SUV sporty ini berharga RM172,211.60 dan Pajero Sport GL pula ditawarkan pada harga RM151,227.60.

Pajero Sport

Walau bagaimana pun, semua model Mitsubishi yang terlibat dalam promosi ini hanyalah bagi model buatan 2013 sahaja. Dan harga atas jalan yang tertera pula tidak termasuk insurans.

Manakala bagi tawaran pakej penyelenggaraan percuma Mitsubishi untuk dua tahun juga melibatkan kos tenaga kerja dan juga minyak pelincir. Dan sesetengah penyelenggaraan percuma ini juga melibatkan penapis minyak, cecair brek, penyejuk enjin dan minyak transmisi (bergantung pada jadual penyelenggaraan yang disarankan).

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *