Citroen DS3 & DS3 Cabrio 2015 didedahkan

By  |  0 Comments

Citroen_DS3_Cabrio_012

Setelah berita mengenainya makin bertebaran, Citroen mengambil keputusan untuk mendedahkan model penambah baikan (facelift) DS3 dan DS3 Cabrio versi 2015 ini. Kedua-duanya menerima set baharu bagi lampu utama yang turut ditampilkan bersama LED dan xenon dengan indikator. Rekaan ini diadaptasi berdasarkan model konsep Numero 9 dan Wild Rubis.

Selain menerima lampu utama yang baharu, DS3 turut menggunakan enjin Euro 6 Blue HDi 100 dan Blue HDi 120 yang mampu meningkatkan prestasi jentera ini. Malah ia juga mampu memberikan penjimatan bahan api yang lebih efisien.

Citroen_DS3_Cabrio_024

Enjin ini turut dipadankan dengan kotak gear Efficient Tronic Gearbox (ETG) lima kelajuan yang pastinya mampu menyerlahkan lagi prestasi kedua-dua model ini.

Bagi menyerlahkan lagi imej luarannya, model-model ini turut dipadankan dengan rim aloi potongan berlian bersaiz 17 inci tetapi bagi varian terpilih sahaja.

Buat masa ini, Citroen masih belum mendedahkan lagi ciri-ciri yang lebih terperinci buat kedua-kedua model ini.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *