Model konsep Audi A3 Clubsport Quattro bakal dipertontonkan

By  |  0 Comments

Audi_05

Audi sudah pun membuat pengumuman bakal memperkenalkan model konsep terbaharunya iaitu A3 Clubsport Quattro pada 28 Mei ini di Worthersee. Biar pun model konsep ini bersandarkan platform sedan S3, namun ia telah dipilih untuk dijanakan oleh enjin 2.5 liter TFSI lima silinder yang diadaptasikan daripada model RS Q3. Di mana ia dikatakan mampu memberikan kuasa yang lebih impresif iaitu 525 PS dengan puncak tork 600 Nm.

Malah kuasa pecutan hingga ke tahap 100km/j juga telah dicatatkan dalam tempoh 3.6 saat dan kelajuan maksimum yang mampu diperoleh ialah 310km/j.

Audi_03

Hamburan kuasa model konsep ini turut dibantu oleh sistem pacuan empat roda bersama kotak gear S Tronic tujuh kelajuan.

Berbanding dengan sedan S3, model konsep ini menerima padanan sistem suspensi yang lebih sporty dengan kerangka yang lebih rendah iaitu kurang 10mm. Ia juga dipadankan dengan rim aloi bersaiz 21 inci yang dibaluti tayar 272/25 R21 serta cakera brek seramik gentian karbon.

Audi_01

Bakal tampil dengan warna luaran yang menawan iaitu Magnetic Blue, ia membuatkan model konsep ini tampak lebih agresif termasuklah dengan padanan CFRP pada bahagian hadapan dan sisi Sills. Lampu utama LED yang menghiasi bahagian hadapan turut menyerlahkan lagi gaya Audi A3 Clubsport Quattro ini. Malah ia juga menampilkan peredam belakang yang besar dengan paip ekzos berkembar.

Manakala bahagian kabinnya turut dipadankan dengan tempat duduk bucket serta kekemasan yang lebih sporty.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *