Renault Megane RS Red Bull Racing RB8 -Edisi terhad dengan hanya RM252,888 seunit

By  |  0 Comments

P1080979

Bagi peminat jentera berprestasi tinggi, pastinya anda akan ‘geram’ dengan model edisi terhad yang telah dilancarkan oleh TC Euro Cars iaitu pengedar model Renault untuk pasaran Malaysia ini. Renault Megane RS Red Bull Racing RB8 yang merupakan versi edisi terhad bagi Megane RS 265 ini hanya dihasilkan sebanyak 815 unit untuk pasaran global. Tetapi hanya 15 unit sahaja diterbangkan khas untuk pasaran Malaysia dengan harga atas jalan RM252,888 termasuk insurans.

Menerima rekaan luaran dan dalaman yang serba mengagumkan, RB8 turut didatangkan dengan warna kerangka istimewa iaitu Twiling Blue yang diinspirasikan daripada jentera lumba Formula Satu yang dipandu oleh Sebastian Vettel. Antara ciri istimewa lain yang turut disuntikkan pada model ini ialah dengan penampilan R-Link Multimedia yang disambungkan kepada skrin paparan R.S 2.0 yang membolehkan pemandu mengetahui data-data daripada sistem jentera seperti diagram G-Force, prestasi enjin, jadual penyelenggaraan, jam radik, kedudukan arah stereng dan sebagainya.

Renault Megane RS Red Bull Racing RB8

Malah bagi menambahkan lagi keterampilan jentera ini, logo RB8 boleh didapati pada karpet dan beberapa bahagian kit badannya. Bukan itu sahaja, terdapat beberapa elemen yang diperkemaskini lagi termasuklah menampilkan tombol gear serba baharu dan turut dipadankan dengan kamera undur.

Walau bagaimana pun, RB8 masih menggunakan enjin dan sistem mekanikal yang sama dengan Megane 265 iaitu dijanakan oleh ‘jantung’ 2.0 liter pengecas turbo empat silinder yang mempu menghamburkan kuasa maksimum 265PS dan tujahan tork 360Nm. Turut menggunakan transmisi yang sama iaitu manual dengan enam kelajuan yang pastinya mampu menghadiahkan pengalaman pengendalian yang menguja.

Menjanjikan kelajuan maksimum sehingga 250 kilometer sejam (km/j), dengan catatan daripada sifar hingga ke 100km/j hanya dalam 6 saat, ketika jentera ini dilancarkan, hanya tingga lima unit sahaja yang masih belum ditempah. Jika anda terlewat, nantikan sahaja model baharu Megane yang akan datang!

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *