PLUS setuju struktur semula kenaikan kadar tol

By  |  0 Comments

TOL PLUS

Menurut laporan BERNAMA sebentar tadi yang telah memetik laporan dari Menteri Kerja Raya, Datuk Fadilah Yusof berkata, Projek Lebuh Raya Usahasama Berhad (PLUS), salah satu pemegang konsesi lebuh raya utama negara telah bersetuju terhadap cadangan penstrukturan semula kenaikan kadar tol.

Di mana PLUS telah bersetuju membuat penstrukturan tertentu kadar tol melibatkan perubahan perjanjian dan kini isi kandungan perjanjian itu lebih memihak kepada kepentingan rakyat.

Mengulas antara kandungan penstrukturan itu, Fadillah berkata sebelum ini kenaikan adalah secara automatik setiap tiga atau lima tahun. Namun menerusi penstrukturan ini, jika PLUS ingin membuat kenaikan kadar tol, perlu mengemukakan kepada kerajaan asas kenaikan itu.

Kata Fadilah lagi, kerajaan akan mempertimbangkan boleh atau tidak dinaikkan berdasarkan pemerhatian seluruh struktur perbelanjaan mereka.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *