Spyshot Mitsubishi Outlander PHEV sedang diuji

By  |  0 Comments

OUTLANDER1

Baru sebentar tadi InfoKereta terserempak dengan Mitsubishi Outlander PHEV yang sedang dipandu uji di Ara Damansara, iaitu berdekatan dengan ibu pejabat Mitsubishi Motors Malaysia (MMM). Jika sebelum ini, kedengaran desas-desus bahawa MMM bakal melancarkan Outlander PHEV ini pada penghujung tahun lalu, namun atas sebab-sebab tertentu ia tidak kesampaian. Jadi pastinya MMM sedang mencari masa yang bersesuaian untuk melancarkan plug-in hybrid SUV ini.

Untuk makluman, ini merupakan SUV pertama di dunia yang menggunakan teknologi EV dengan keupayaan 4WD. Itu sebablah Mitsubishi menambah ‘PHEV’ pada belakang nama Outlander yang membawa maksud ‘Plug-in Hybrid Electric Vehicle’.

Daripada pandangan belakang, jelas kelihatan penggunaan lampu belakang LED menjadi pilihan. Begitu juga dengan penampilan logo PHEV pada sudut kanan iaitu di bawah perkataan Outlander.

Selain itu, padanan rim aloi bersaiz 18 inci turut menyerlahkan lagi SUV ini.

Outlander PHEV dijanakan oleh enjin 2.0 liter MIVEC yang mampu menyalurkan kuasa 118 PS dan tork 186 NM. Manakala motor elektriknya pula mampu memberikan kuasa 60 kW/195 Nm pada gandar hadapan serta 60 kW/137 Nm untuk belakang.

Manakala baterinya boleh menjanakan SUV ini sehingga 60km atau lebih kurang 900km dengan enjin pembakaran dalaman yang bertindak sebagai generator bagi menyalurkan tenaga elektrik pada motor.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *