Volkswagen Golf Edition istimewa sempena ulang tahun ke-40

By  |  0 Comments

VW Golf_1

Sempena dengan sambutan ulang tahun Volkswagen Golf yang ke-40, Volkswagen (VW) telah menampilkan Golf Edition versi konsep yang dipertontonkan di Auto China 2014.

Mempertaruhkan konsep rekaan luaran Magic Morning yang mempunyai “biasan keemasan terang bergantung pada sudut pandangan mata”. Malah VW Golf Edition ini juga ditampilkan dengan perumah cermin sisi krom matte, logo istimewa dan rim aloi eksklusif bersaiz 19 inci.

VW_Golf_6

Bukan itu sahaja, ruang dalamannya juga hadir dengan gaya yang elegen termasuklah menampilkan tempat duduk sport balutan kulit bersama dua tona warna serta jahitan paten berlian.

Lain-lain elemen yang juga menonjol ialah kekemasan hiasan kayuan, hiasan rona piano black dan plat pintu iluminasi.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *