Nissan Lannia Concept versi Bluebird baharu buat China

By  |  0 Comments

nissan-lannia-beijing-2-850x420

Melihat akan kelibat model konsep yang dibawakan oleh Nissan ini, pastinya ia mampu menambat pandangan mata hati. Dengan imej yang nampak maskulin dan serba segar, Nissan Lannia Concept ini merupakan model kedua yang didatangkan dari Nissan Design di Beijing yang bekerjasama erat dengan Nissan Global Design Centre di Kanagawa, Jepun.

Ketua Pegawai Perancangan Nissan, Andy Palmer berpendapat, model ini membawakan teori rekaan “designed by Chinese, built by Chinese for the Chinese people, and ultimately, for the world”.

nissan-lannia-beijing-5-850x457

Malah model ini juga dikatakan tampil dengan rekaan bagi generasi akan datang Nissan. Ini termasuklah jeriji V-motion, lampu utama berbentuk boomerang, dan rekaan tiang yang tersendiri seperti menampilkan bumbung “terapung”.

Nissan turut mengumumkan nama model ini mengikut nama Cina iaitu ‘lan niao, yin xiang’, sebagai penghormatan kepada model legenda Nissan Bluebird.

Foto oleh Kwek Chai Li

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *