Kia K4 Sedan antara tarikan Auto China 2014

By  |  0 Comments

kia-k4-1-850x535

Koresponden Paultan.org yang sedang membuat liputan mengenai Beijing Motor Show (atau Auto China 2014) turut melaporkan ketibaan Kia K4 Sedan yang dipertontonkan kala ini. Kia mensasarkan bakal membawa masuk model ini ke China pada pertengahan tahun ini, hanya untuk pasaran di sana.

Kia K4 merupakan model di antara K3 dan K5 kerana pasaran di China terlalu besar. Di mana K4 lebih besar sedikit berbanding K3 dan lebih kecil daripada K5.

Ia bakal diproduksikan di kilang Kia Dongfeng Yueda yang terletak di Yancheng, China.

kia-k4-beijing-hr-6-850x794

Mengikut Kia, K4 ini menampilkan gaya luaran yang cukup ringkas dan tersendiri. K4 dilaporkan menggunakan platform yang sama dengan Hyundai Mistra.

Untuk model yang dipertontonkan ini, K4 dilengkapi dengan enjin 1.6 liter turbo GDI yang mampu menyalurkan kuasa 201 hp dan tork 265 Nm. Ia turut dipadankan dengan transmisi klac-berkembar tujuh kelajuan.

Namun ada juga laporan mengatakan bahawa model yang bakal diproduksi bakal memilih enjin 1.8 liter dan 2.0 liter. Manakala enjin 1.6 liter turbo pula akan ditampilkan kemudian.

kia-k4-beijing-5-850x637

Elemen standard yang turut ditampilkan pada model K4 ini ialah butang penghidup enjin, meter kluster Supervision dan sistem infotainmen Kia UVO. Manakala bagi kit keselamatannya pula dilengkapi dengan enam beg udara, ESP dan kamera undur.

Foto oleh Kwek Chai Li

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *