MINI Countryman 2015 bakal memeriahkan NY Auto Show

By  |  0 Comments

MINI2

Secara rasminya MINI telah mengumumkan bakal mempamerkan model MINI Countryman 2015 di New York Auto Show 2014 ini. Model facelift crossover ini didakwa sebagai “menyambung kejayaan model kompak premium” oleh MINI.

Walau pun hanya diberi perubahan gaya yang agak terhad iaitu menambah baik rekaan jeriji hadapan, lampu pencahayaan siang (DRL) LED dan rim aloi, namun ia tetap tampil lebih menarik berbanding model terdahulu.

MINI Countryman 2015 ini juga tampil dengan lampu kabus LED dan pelindung bahagian bawah badan pada varian pacuan empat roda. Malah model ini turut tampil dengan warna kerangka baharu iaitu Jungle Green Metallic, Midnight Grey Metallic dan Starlight Blue Metallic.

Manakala bagi bahagian kabinnya, ia memberi penambah baikan pada instrumen dan kawalan butang krom. Elemen baharu yang tampil termasuklah mengimplementasikan sistem infotaimen MINI Connected.

MINI35

Diperlengkapkan dengan enjin 1.6 liter turbo yang mampu menghamburkan kuasa 190 hp dan tork 240 Nm, penambahan kuasa ini membolehkan ia dipacu daripada titik sifar hingga ke 100km/j dalam hanya 7.5 saat sahaja. Malah ia juga boleh mencecah kelajuan maksimum sehingga 218 km/j.

MINI mensasarkan untuk memasarkan model ini di Jerman pada Julai akan datang.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *