Mitsubishi umum kempen panggil semula (recalled) untuk Triton LITE Turbo

By  |  0 Comments

Triton LITE Turbo- Side view

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), telah mengumumkan kempen memanggil semula (recalled) 2,200 unit Mitsubishi Triton LITE Turbo yang dijual dari April 2012 hingga Disember 2013. Ia adalah bertujuan untuk menggantikan crankshaft pulley bolt bagi trak pikap berkenaan.

Walau pun buat setakat ini tiada sebarang kemalangan yang dilaporkan di Malaysia berkaitan dengan masalah ini, namun bagi MMM, perkara ini perlu ditangani dengan segera agar aspek keselamatan lebih diyakini. Kempen ini juga telah dilakukan oleh Mitsubishi Motors Corporation (MMC) di Jepun.

MMM akan menghantar surat pemberitahuan kepada para pelanggan yang terbabit dan segala kos pertukaran alat ganti ini akan ditanggung sepenuhnya oleh MMM.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perkara ini, sila layari www.mitsubishi-motors.com.my atau hubungi talian khidmat pelanggan 1-800-18-6611.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *