Subaru anjur Cabaran Pacuan AWD buat kali pertama di Malaysia

By  |  0 Comments

Pic 7

Buat julung kalinya Motor Image Malaysia iaitu pengedar rasmi jenama Subaru di Malaysia menganjurkan Cabaran Subaru AWD selama tiga hari bermula 11 April lalu. Cabaran ini disertai oleh para peminat kenderaan pacuan empat roda iaitu dari jenama Subaru sendiri seperti Forester dan XV.

Bertempat di Desa Park City, Bandar Manjalara, Kepong, cabaran yang berlangsung dari jam 10 pagi hingga 7 malam itu memberi peluang kepada para peserta dalam mengendalikan kenderaan pacuan empat roda mereka merentasi rintangan dan halangan yang disediakan.

Halangan yang disediakan di dalam Cabaran Subaru AWD ini direka khas untuk para pemilik kenderaan pacuan empat roda bagi merasai kelainan yang dipersembahkan oleh Symmetrical All-Wheel Drive iaitu teknologi Subaru hasil gabungan enjin Boxer dan juga Subaru’s All-Wheel Drive. Ia bagi memberikan pengalaman daripada sudut prestasi dengan keselamatan serta pengendalian kenderaan yang mengagumkan.

Pic 11

Malah cabaran ini juga dapat memberikan peluang kepada para peserta bagi membuktikan keupayaan mereka di dalam mengendalikan jentera tahan lasak ini, di samping menguji kemahiran pemanduan mereka di dalam merentasi pelbagai keadaan jalan. Bahkan, para pemandu juga berpeluang meraih pengalaman terbaik mereka dengan kenderaan yang dimiliki di dalam berhadapan dengan pemanduan yang agak mencabar itu.

Antara halangan dan cabaran yang direka khas iaitu Cross Roller, Slip-roller, Roller, Conveyor dan Side Ramp. Malah juga disediakan pelbagai cabaran halangan seperti permukaan jalan yang licin, off-road, berlumpur dan berbukit.

Pic 5

Di samping menyertai setiap cabaran yang disediakan, para peserta dan pengunjung juga berpeluang melihat secara lebih dekat model terbaharu Subaru seperti Subaru XV, Forester 2.0XT, Legacy GT dan Subaru XV Crosstrek.

Sebelum ini, Subaru pernah menganjurkan cabaran yang seumpama ini di Filipina, Vietnam dan Taiwan.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *