Mitsubishi Lancer 2.0 GTE tampil dengan elemen yang dipertingkatkan – Harga RM118,888

By  |  0 Comments

Mitsubishi_Lancer_2.0_GTE_001

Selepas memperkenalkan unit CKD bagi model SUV crossover ASX dan Triton versi facelift, tahun ini Mitsubishi turut bakal melancarkan Lancer 2.0 GTE bagi pasaran Malaysia pada minggu hadapan.

Namun difahamkan tiada majlis pelancaran khas untuknya tetapi Mitsubishi sudah mula mempamerkan jentera penuh sporty ini di pusat membeli-belah bagi tujuan promosi. Pada hujung minggu ini, Lancer 2.0 GTE dipamerkan di pusat membeli-belah Paradigm Mall, Kelana Jaya.

Mitsubishi_Lancer_2.0_GTE_004

Ia boleh dianggap sebagai model pengganti bagi Lancer GT. Tetapi memiliki pertambahan abjad “E” menjadi GTE yang mungkin membawa maksud sebagai “Extra”. Oh ini memang kena tanya Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) mengapa ada pertambahan abjad.

Namun yang cukup menariknya, harga yang ditawarkan oleh Lancer 2.0 GTE lebih rendah berbanding dengan Lancer GT, malah menerima lebih banyak elemen penambah baikan. Model Lancer GTE ini ditawarkan pada harga atas jalan RM118,888 (berserta insurans), berbanding RM129,025 bagi Lancer GT versi 2012.

Malah Lancer GTE turut menerima beberapa elemen baharu seperti sistem operasi tanpa kunci (dengan tombol pemutar penghidup enjin), bumbung matahari, ISOFIX dan beg udara bahagian lutut untuk tempat duduk pemandu.

Lain-lain elemen seperti mana sama dengan Lancer GT ialah dua beg udara, rim aloi bersaiz 18 inci, kid badan, lampu pencahayaan siang (DRL) LED, spoiler belakang dan lampu utama automatik halogen.

Manakala bagi rekaan dalamannya turut ditampilkan dengan skrin sesentuh 6.1 inci yang turut berfungsi sebagai paparan bagi kamera undur, pedal pemboleh ubah magnesium, cruise control, sistem penghawa dingin zon tunggal dan tempat duduk balutan kulit Nappa.

Mitsubishi_Lancer_2.0_GTE_024

Untuk sudut mekanikal pula, ia tidak memiliki sebarang pembaharuan seperti mana Lancer GT. Di mana Lancer GTE dijanakan oleh enjin 2.0 liter DOHC MIVEC yang mampu menyalurkan kuasa maksimum 150 PS pada 6,000 rpm dan tork puncak 197 Nm pada 4,2000 rpm. Juga dipadankan dengan transmisi INVECS-III CVT enam kelajuan.

Lancer GTE didatangkan dengan tiga warna pilihan iaitu White Solid, Black Mica dan Red Metallic.

Nantikan informasi selanjutnya mengenai model sedan ini apabila MMM bersedia mengumumkan pelancarannya minggu hadapan.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *