MITI menyerahkan lesen pembuatan EEV kepada GAM & GWM

By  |  0 Comments

GMW

Petang tadi berlangsungnya satu majlis penyerahan lesen pembuatan EEV (energy Efficient vehicle) oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri Malaysia (MITI) kepada Go Automobile Manufacturing (GAM) yang akan memasang kenderaan Great Wall Motors (GMW) bagi unit CKD.

Lesen ini antaranya bagi membolehkan kilang pemasangan baharu bagi GWM dibina di Gurun, Kedah.

GAM yang bekerjasama dengan pengeluar kenderaan terkemuka dari China ini akan bertanggungjawan memasang model kenderaan untuk pasaran domestik dan juga bagi tujuan eksport. Buat setakat ini, ia akan melibatkan pemasangan dua model GMW iaitu Haval M4 dan Haval H6 bermula Jun ini dan dijangka akan berada di pasaran menjelang September ini.

Haval M4

Berhubung dengan pelaburan bagi program CKD ini, sebanyak RM2 bilion telah disuntik, di mana RM700 juta daripadanya dilaburkan oleh pelabur China. Pelaburan ini termasuklah membina fasiliti bagi tujuan penyelidikan dan pembangunan (R&D). Malah program ini juga bakal membuka 4,000 peluang pekerjaan di Gurun.

Bagi produksi pemasangan tempatan ini, ia melibatkan 40 peratus komponen tempatan dan akan meningkat kepada 55 peratus pada tahun 2016 serta 85 peratus menjelang fasa ketiga tahun 2018.

Untuk pasaran Malaysia, model kenderaan GWM telah diedarkan secara rasminya oleh Green Oranges Sdn.Bhd (GOSB). Setakat ini, dua model GWM telah pun dipasarkan di Malaysia iaitu kenderaan SUV Haval H5 dan pikap trak Wingle5.

Berhubung dengan EEV, seperti mana yang diumumkan dalam Dasar Automotif Nasional 2014 (NAP2014) pada akhir Januari lalu, kenderaan EEV yang diproduksi mestilah mematuhi syarat yang ditetapkan iaitu penggunaan bahan api yang lebih ekonomi.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *