Kia Sedona/Carnival 2015 bakal muncul di NY

By  |  0 Comments

KIa

Kia baru sahaja mengedarkan foto pengenalan untuk model Kia Sedona/Carnival 2015 yang dijangka bakal dipamerkan di New York Auto Show 2014 beberapa minggu lagi. Ia mengakhiri desas-desus mengenai perkhabaran Kia yang bakal menghasilkan generasi terbaharu bagi MPV bersaiz sederhana ini.

Melalui foto pengenalan ini, kelihatan lampu pencahayaan siang LED yang dipadankan pada jeriji hadapan berbentuk hidung harimau bersaiz besar.

Sedikit info yang disebarkan, Kia Sedona/Carnival 2015 ini mampu memuatkan sehingga lapan penumpang dalam satu masa dengan pertambahan barangan pada ruang kargo. Malah ia juga dikatakan menawarkan ruang yang lebih luas dengan konfigurasi tempat duduk yang boleh diubah secara versatil.

Kemungkinan besar MPV ini dijanakan oleh enjin 3.3 liter V6 GDi yang mampu menghasilkan kuasa 290 hp dan tork puncak 341 Nm.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *