Spyshot paling jelas model Proton P2-30A Global Small Car

By  |  0 Comments

p2-30a-ik

Ini merupakan spyshot paling jelas model Proton yang akan didatang dengan kod nama Proton P2-30A Global Small Car. Terima kasih kepada pembaca Hakim Hashim yang menghantar spyshot ini. Gambar model hatchback ini dirakamkan di daerah Ulu Bernam.

Hasil daripada spyshot ini, terdapat pelbagai elemen yang mungkin bakal menjadi penanda aras buat model terkini Proton. Antara elemen yang paling jelas ialah pemilihan lampu utama yang agak besar dengan rekaan yang lebih funky dan sangat menyerlah. Nampak gayanya model ini memang sesuai untuk generasi muda.

Bukan itu saja, gril atas pada bampar juga tampil dengan dua bilah melintang dan logo Proton terletak di bahagian tengahnya. Manakala gril bawah pula berbentuk trapezium yang lebih lebar. Nampak seperti bentuk gril yang digunakan pada kereta konsep Proton EMAS. Ia juga mempunyai tiga bilah melintang dengan plat nombor pada gril berkenaan.

Manakala pembuka pintu pula jenis pencengkam dan cermin sisi juga mempunyai indikator lampu signal. Dan buat pertama kalinya Proton mereka bentuk kerangka bagi pintu kereta ini dengan rekaan tiang-A.

Malah jelas kelihatan menerusi spyshot ini, tempat meletak kepala bagi kerusi pemandu dan penumpang di hadapan berada agak hampir dengan cermin sisi belakang. Seakan ruang dalamannya agak terhad dan tidaklah seluas mana.

Hud enjin pula agak sama dengan model Preve, di mana terdapat dua garisan selari pada bahagian tengah permukaannya.

Oh! Apa lagi yang anda perasan tentang model ini mengikut spyshot yang dipaparkan? Kalau ada, kongsikan bersama Infokereta.com pada ruangan komen.

Terdapat desas-desus mengatakan model terbaharu ini bakal diperkenalkan pada suku pertama tahun 2014. Namun ia masih menjadi teka-teki memandangkan Proton masih mengunci mulut tentang perkara ini. Tunggu dan lihat!

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *