BMW 7 Siri baharu tampil dengan teknologi terkini BMW ConnectedDrive

By  |  0 Comments

BMW 7 Series

BMW Group Malaysia yang baru sahaja memenangi anugerah perdana sedan mewah untuk BMW 7 Siri baharu, telah pun memperkenalkan satu lagi teknologi terkini iaitu BMW ConnectedDrive. Teknologi ini turut melengkapkan lagi rekaan penuh stylish, mewah, keselesaan, dinamik dan penjimatan yang terbaik bagi BMW 7 Siri.

Menurut CEO BMW Group Malaysia, di dalam segmen mewah, dengan menawarkan enjin yang sangat berkuasa serta menampilkan pelbagai material yang eksklusif pastinya tidak mencukupi bagi sebuah jentera seperti BMW 7 Siri ini. Malah, di samping penjimatan bahan api yang efisien dan pelepasan karbon dioksida pada tahap terbaik, BMW mahu menampilkan teknologi di dalam kenderaan yang sangat diyakini serta efektif.

Maka, terhasillah teknologi BMW ConnectedDrive yang menawarkan pelbagai jenis perkhidmatan mobiliti terkini termasuk kepelbagaian pilihan bagi bantuan dan sistem keselamatan pemandu. Ini termasuklah menampilkan paparan BMW Head-Up berwarna penuh dengan resolusi tinggi yang berkeupaya menyalurkan maklumat pemanduan secara terus ke dalam talian secara lebih pantas sehingga 50 peratus kepada pemandu sambil mengekalkan perhatian terhadap pemanduan.

Ciri premium turut ditambah dengan pelbagai fungsi unit yang boleh meningkatkan lagi pengalaman sepanjang pemanduan termasuk untuk para penumpang apabila menggunakan sistem bantuan dan infotainmen.

Paparan Instrumen Pelbagai Fungsi turut didatangkan sebagai standard bagi BMW 730i utnuk memberikan pengalaman yang unik dalam pemanduan. Di mana terdapat beberapa pilihan warna dan mood yang berbeza bergantung pada seleksi yang ada melalui Kawalan Pengalaman Pemanduan.

Di samping itu, ruangan dalaman BMW 740i turut menerima penambahan iaitu menampilkan roda stereng balutan kulit dengan pedal penukar gear yang mampu menyerlahkan lagi gaya kemewahan model ini.

Malah sistem Bantuan Pemanduan turut diterapkan pada BMW 7 Siri baharu ini bagi menambahkan lagi aspek keselamatan. Sistem ini merangkumi Lane Departure Warning, Forward Collision Warning dan City Collision Mitigation.

Manakala bagi menambahkan lagi keselesaan di dalam pemanduan, BMW 740Li bakal turut tampil dengan ciri tambahan seperti Driving Assistant Plus termasuk Active Cruise Control with Stop&Go dan Traffic Jam Assistant.

Harga atas jalan (tanpa insurans) yang ditawarkan bagi model ini ialah RM648,800 bagi BMW 730i dan RM818,800 untuk BMW 740Li. Ia turut didatangkan dengan Pakej Perkhidmatan Penyelenggaraan dan Pembaikian BMW.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *