Ford tawar bayaran serendah RM568 untuk Fiesta baharu

By  |  0 Comments

????????????????????????

Pelbagai promosi dan tawaran menarik telah diimplementasikan oleh syarikat pengeluar dan pengedar kenderaan bagi memastikan model-model kenderaan mereka mendapat sambutan yang menggalakkan.

Terbaru, Ford Malaysia turut mengambil langkah yang sama dengan memperkenalkan pelan bayaran bulanan baharu yang menawarkan pemilikan Ford Fiesta 1.5L dengan bayaran serendah RM568 sebulan. Promosi yang bermula sekarang ini sah sehingga 30 April 2014.

Ford Fiesta baharu yang telah diperbaharui secara signifikan ini merupakan gabungan terbaik daripada apa yang para pelanggan jangkakan terhadap kenderaan Ford iaitu penampilan bergaya, teknologi pintar dan selamat yang mengagumkan, penjimatan bahan api, prestasi serta kualiti.

New Ford Fiesta_SYNC

Ia turut menyediakan teknologi-teknologi yang mendahului kelasnya seperti Ford SYNC™ bagi membolehkan pemandu menjawab panggilan telefon dan memilih muzik daripada peranti yang disambungkan menerusi Bluetooth® atau USB serta mendengar mesej dengan hanya menggunakan arahan suara. Ciri ini membantu memastikan pemandu terus memegang stereng dan mata terarah ke jalan raya pada setiap masa.

Dikuasakan oleh enjin petrol empat silinder global bersesaran 1.5 liter bersama pemasaan aci sesondol pemboleh ubah bebas berkembar (Ti-VCT), ia mampu menghasilkan kuasa sehingga 112 PS pada 6,300rpm dan puncak tork 140 Nm pada 4,400rpm.

New Ford Fiesta_Titanium

Fiesta baharu hadir dalam dua varian iaitu hatchback Sport lima pintu dan sedan empat pintu Titanium yang segar dan sofistikated. Varian Sport lima pintu hadir dalam warna Celestial Blue, Arctic White, Metropolitan Grey, True Red dan Chili Orange. Sementara varian Titanium pula didatangkan dalam warna True Red, Arctic White, Highlight Silver dan Metropolitan Grey.

Selain itu, semua pemilik Fiesta baharu bakal menikmati jaminan selama lima tahun atau perbatuan sejauh 200,000 km. Malah Ford turut menawarkan Pelan Servis Lanjutan Ford (ESP) iaitu satu program penyelenggaraan yang meliputi kos alat ganti dan buruh secara percuma selama tiga tahun atau perbatuan sejauh 60,000km (mana-mana terlebih dahulu).

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *