Kia Sportage baharu bersedia untuk ditempah

By  |  0 Comments

Screen Shot 2014-03-10 at 11.06.54

Sebelum muncul dengan model yang dinaik taraf pada tahun 2011, Kia Sportage tampil dengan imej yang agak konservatif. Namun selepas melakukan pelbagai ‘pembedahan plastik’, imej baharu Sportage ternyata lebih segar dan mengikut trend masa kini.

Selepas hampir tiga tahun, Naza Kia bakal memperkenalkan versi terbaharu Kia Sportage tidak lama lagi. Biar pun tiada sebarang maklumat mengenainya, namun laman sesawang rasmi Naza Kia telah mempromosikan SUV ini untuk tempahan.

Melihat akan gambar promosinya, Sportage ini telah menerima suntikan yang lebih segar dengan kehadiran jeriji, bampar hadapan dan lampu kabus rekaan baharu.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pembaharuan yang ditampilkan pada model ini, anda bolehlah memohon untuk memandu ujinya melalui laman sesawang rasmi Naza Kia. Atau pun, kenalah tunggu pelancarannya kelak, nescaya Info Kereta akan membawakan informasi terbaik buat tatapan anda.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *