Hyundai makin agresif memperkukuhkan kedudukan di Malaysia

By  |  0 Comments

Tahun lalu menyaksikan pelancaran beberapa model Hyundai baharu dan yang dinaik taraf buat pasaran Malaysia. Hyundai Santa Fe dan Tucson merupakan dua model yang dinaik taraf dengan suntikan imej yang lebih segar mahu memeriahkan lagi pasaran SUV tempatan.

Manakala model baharu, i40 sedan dan i40 tourer yang dilancarkan di Kuala Lumpur International Motor Show 2013 (KLIMS’13) November lalu turut mencetuskan inspirasi tersendiri bagi segmentasi berkenaan.

Bagi tahun ini, sangat mustahil untuk Hyundai-Sime Darby Motors Sdn.Bhd mendiamkan diri begitu saja. Sebaliknya pengedar jenama Hyundai bagi pasaran tempatan ini kian tegar dengan misinya untuk bergerak lebih agresif lagi. Selain mahu memperluaskan rangkaian pusat 3S di seluruh negara, Hyundai turut memiliki perancangan untuk membawa masuk beberapa model kenderaan ke sini.

Hyundai_i30_1

Bulan Mac ini, Hyundai bakal memulakan jualan bagi model hatchback Hyundai i30 yang turut diperkenalkan pada KLIMS’13 lalu. Model hatchback lima pintu daripada generasi kedua ini bakal berada di bilik pameran beberapa hari lagi.

Jika mengikut model i30 yang dipamerkan di KLIMS’13, ia dijanakan oleh enjin 1.8 liter NU MPI yang mampu menyalurkan kuasa maksimum 145 PS dan tork 175 Nm. Turut dipadankan dengan kotak gear automatik enam kelajuan.

Unit CBU ini juga disertakan dengan bumbung panoramik, Flex Steer, kamera undur tersembunyi, tempat duduk balutan kulit dan banyak lagi elemen menarik yang ditampilkan.

hyundai-veloster-turbo-klims13-19

Satu lagi model yang ‘mungkin’ akan dipasarkan di sini ialah Veloster Turbo, hot-hatch unik dengan konsep 2+1 coupe. Ia dijanakan oleh enjin 1.6 liter Turbo GDI yang boleh menghamburkan kuasa 184 PS dan tork 265 PS pada 1,500 hingga 4,500 rpm.

Walau bagaimana pun, Veloster Turbo ini masih dalam peringkat beberapa ujian di Malaysia dan belum dipastikan sama ada ia akan dilancarkan di sini mahu pun tidak.

2014-Hyundai-Genesis-01

Namun sebelum tirai 2014 berlabuh, Hyundai turut mempunyai perancangan untuk membawa masuk kereta sedan premium mewah, Hyundai Genesis, ke Malaysia. Dengan konsep rekaan ‘Fluidic Sculpture 2.0’, Genesis ini turut mengadaptasikan gaya model HCD-14 Genesis Concept.

Menawarkan dua varian pacuan pemanduan iaitu pacuan tayar belakang (2WD) dan pacuan semua roda HTRAC (AWD), Genesis memiliki ukuran 4,990mm panjang, 1,890mm lebar dan 1,480mm tinggi serta jarak roda 3,010mm.

Berkenaan dengan spesifikasi mekanikal, belum disahihkan lagi Hyundai bakal membawa masuk varian yang mana untuk pasaran Malaysia. Mungkin juga enjin 3.0 liter Lambda, atau 3.8 liter.

Info Kereta akan membawakan maklumat lanjut daripada masa ke semasa berkenaan dengan model baharu Hyundai ini.

Hyundai i30

Hyundai Veloster Turbo

Hyundai Genesis

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *