Perodua Axia kini dipasarkan di Singapura – Harga mencecah RM231,827!

By  |  0 Comments

Axia_Ext_04

Perodua Axia telah pun dipasarkan secara rasminya di Singapura, oleh Perocom Auto iaitu pengedar rasmi Perodua di negara tersebut.

Ia dijual pada harga yang berganda-ganda lebih tinggi berbanding di negara kita iaitu SGD$75,888 atau RM231,827.

Bagi tag harga itu, ia ditawarkan bagi Perodua Axia 1.0 Advance (AT) iaitu varian tertinggi bagi barisan Axia. Jika dibuat perbandingan, varian yang sama terjual pada harga atas jalan (dengan insurans) RM41,967 (solid) atau RM42,377 (metalik) di Malaysia.

Harga yang ditetapkan itu adalah termasuk dengan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) di Singapura dan Certificate of Entitlement (COE). Walau bagaimana pun, setiap pembeliannya termasuk dengan waranti selama lima tahun/100,000 km, serta servis penyelenggaran percuma selama lima tahun/100,000 km.

Selain itu, jika pembeli memilih untuk mendaftar kereta tersebut sebagai ‘off peak car’, harganya boleh diimbangi sehingga SGD $ 17,000 (RM 51,925). Tetapi malangnya, ia akan membuatkan kehilangan hak untuk mendapatkan rebat COE sebanyak SGD $ 40,000 (RM 122,177).

Jadi, jika selama ini kita sering mengeluh kereta buatan Malaysia tinggi harganya di negara sendiri, tengoklah harganya di negara jiran tersebut. Di mana dengan harga sedemikian rupa, mungkin di Malaysia, kita sudah mampu membeli kereta sehebat Mazda MX-5, BMW 120i M Sport, Volvo S60 1.6 T4, Subaru WRX 2.0 CVT dan termasuklah Mercedes-Benz A 200.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *