Ford memperkenalkan FordPass demi kepentingan para pelanggan

By  |  0 Comments

FordPass

Sebagai sebahagian daripada transformasi menjadi sebuah syarikat auto dan mobiliti, Ford telah pun memperkenalkan FordPass®.

Ia merupakan satu platform yang mengimaginasikan kembali hubungan di antara pengeluar kenderaan dengan pengguna. FordPass bertujuan memberi apa yang dilakukan oleh iTunes kepada para peminat muzik untuk pemilik kereta.

Ahli-ahli FordPass boleh bercakap dengan pembantu mobiliti peribadi iaitu FordGuides, tidak kira waktu untuk membantu menyelesaikan cabaran-cabaran mobiliti mereka. Sama ada untuk mencari laluan paling efisien atau menempah parkir sebelum mereka mereka sampai ke destinasi yang ditujui.

Malah mereka juga boleh menempah dan membayar parkir lebih awal, membina kenderaan ideal mereka di salah sebuah FordHubs dan menerima ganjaran atas kesetiaan mereka kepada FordPass.

“Hari ini, kami membawa komitmen kami selangkah ke hadapan menerusi pengenalan FordPass iaitu satu platform serba baharu kami yang mungkin paling revolusionari setakat ini,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Ford, Mark Fields.

Keahlian FordPass adalah percuma untuk pemilik kenderaan Ford dan jenama kereta lain. Platform ini akan dilancarkan secara rasmi pada April.

FordPass adalah sebahagian daripada Mobiliti Pintar Ford, pelan untuk membawa syarikat ke satu tahap baru dari segi ketersambungan, mobiliti, kenderaan berautonomi, pengalaman pelanggan, data dan analisis.

Ia menampilkan empat elemen untuk memberi manfaat kepada ahli-ahlinya iaitu merangkumi perkhidmatan-perkhidmatan mobiliti, FordGuides membantu pengguna untuk bergerak dengan lebih efisien, penghargaan, di mana kesetiaan ahli akan diiktiraf dan FordHubs yang membolehkan pengguna menikmati inovasi-inovasi terbaharu Ford.

Ford_Escape_2017_9

Dalam masa yang sama, Ford turut bekerjasama dengan ParkWhiz dan Parkopedia untuk membantu orang ramai mencari serta membayar parkir dengan lebih mudah.

Manakala perkhidmatan FlightCar pula membolehkan mereka untuk meminjam dan berkongsi kenderaan apabila bergerak. Pada masa akan datang, perkhidmatan ini akan meliputi perkongsian kereta, pengangkutan multi modal dan banyak lagi.

Ahli-ahli boleh membayar perkhidmatan ini menerusi FordPay iaitu satu sistem pembayaran maya yang merupakan sebahagian daripada FordPass.

Para pemilik kenderaan Ford boleh berhubung dengan pengedar kegemaran mereka untuk mendapatkan jadual penyelenggaraan dan servis atau menilai perincian akaun kewangan kenderaan Ford Credit mereka.

SYNC 3 and Android Auto

Bagi pemilik kenderaan Ford yang dilengkapi Connect boleh menggunakan FordPass untuk mengakses ciri-ciri kenderaan seperti menghidupkan enjin dari jauh, kunci dan membuka pintu,mengetahui takat bahan api, minyak dan bateri, membaca tekanan tayar serta meninjau lokasi kenderaan masing-masing.

FordPass turut melibatkan pembukaan FordHubs, di mana para pengguna boleh meneroka inovasi terkini Ford, mengetahui tentang perkhidmatan mobiliti dan menyertai acara-acara eksklusif.

Hub-hub urban ini akan berlokasi di New York, San Francisco, London dan Shanghai. Hub pertama bakal dibuka hujung tahun ini di Westfield World Trade Center, New York.

FordPass akan dilancarkan pada musim bunga depan di Amerika Syarikat dan Kanada, sebelum diikuti oleh pasaran-pasaran lain seperti Eropah, China dan Brazil pada penghujung tahun ini.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *