GALERI: Honda Jazz dengan pilihan warna Carnival Red

By  |  1 Comment

Honda Jazz Carnival Red 2

Pada 5 Januari lalu, Honda Malaysia telah mengumumkan kehadiran warna baharu bagi Honda Jazz iaitu Carnival Red.

Di mana menurut Honda, warna ini adalah berbeza dengan tona Dark Red Ruby seperti mana yang ditawarkan pada Honda City baru-baru ini. Malah Carnival Red ini adalah bagi menggantikan pilihan warna Brilliant Sporty Blue Metallic yang ditawarkan sebelum ini.

Team Paultan.org sempat meninjau Jazz dengan balutan warna baharu ini di bilik pameran Honda. Ia kelihatan tampil segar dan menyerlah.

Selain penampilan warna baharu ini, varian spesifikasi paling rendah iaitu S Grade turut didatangkan dengan gril hitam berkilat bersama kepingan plat krom (dahulunya warna hitam) serta lingkaran krom pada kepingan plat belakang.

Honda Jazz generasi ketiga ini dilancarkan di Malaysia pada Julai 2014, kini terjual hampir 26,126 unit. Ia ditawarkan dengan tiga varian iaitu S, E dan V, bersama pilihan kit aksesori Modulo dan Mugen.

Honda Jazz Carnival Red 6

Ia dijanakan oleh enjin 1.5L empat-silinder 16-V SOHC i-VTEC yang telah diberi penambah baikan, ia mampu menghasilkan kuasa maksimum sehingga 120 PS pada 6,600 rpm dan tork 145 Nm pada 4,600 rpm.

Baru-baru ini Honda telah mengumumkan harga baharu bagi tahun 2016 dan kesemua modelnya mengalami peningkatan harga. Harga atas jalan berserta insurans terbaharu yang diumumkan bagi Jazz ialah RM73,800 untuk S, RM81,000 untuk E dan V pula RM89,400.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *