ETCM lancar kempen Tahun Baru Cina ‘Drive To Prosperity’

By  |  0 Comments

CNY RANGE AD-9

Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) meraikan ketibaan tahun Monyet (Fire Monkey) menerusi kempen Tahun Baru Cina ‘Drive to Prosperity’.

Menerusi kempen yang berlangsung mulai Januari sehingga Tahun Baru Cina ini, ETCM akan menghadiahkan perkakasan elektrik dan rumah jenama SHARP bernilai lebih RM128,888 kepada pemenang bertuah.

Kerjasama di antara ETCM dan SHARP-Roxy Sales & Service Company (M) Sdn Bhd (SRSSC) itu memberi peluang kepada para pelanggan yang membeli serta mendaftarkan sebuah kenderaan Nissan semasa kempen promosi ini untuk mengambil bahagian dalam kempen tersebut.

Pemenang hadiah utama akan membawa pulang perkakasan elektrik SHARP bernilai sehingga RM13,888. Sementara pemenang hadiah kedua dan ketiga pula bakal menerima perkakasan rumah SHARP bernilai RM10,888 dan RM8,888. Seramai 10 orang pemenang hadiah saguhati akan menerima hadiah sama bernilai RM3,888.

Bukan itu sahaja, para pelanggan yang menempah sebuah kenderaan Nissan akan menerima baucar SHARP bernilai RM200 untuk pembelian SHARP Cloud SmartHome System.

“Ketika kita mengalu-alukan kedatangan tahun 2016, ETCM berbesar hati untuk bekerjasama dengan SHARP, jenama perkakasan rumah dan elektrik terkenal dari Jepun. Kami ingin memberi ganjaran kepada para pelanggan dengan hadiah-hadiah untuk rumah mereka, sama ada yang berbentuk keperluan atau kemewahan,” kata Pengarah Eksekutif ETCM, Dato’ Dr. Ang Bon Beng.

Keseronokan sambutan Tahun Baru Cina dimeriahkan lagi dengan Karnival Pandu Uji Nissan di beberapa cawangan utama ETCM di seluruh negara. Pelbagai model Nissan tersedia untuk dipandu uji pada karnival berkenaan. Tidak ketinggalan, tawaran-tawaran Tahun Baru Cina yang merangkumi rebat angpow, tawaran tukar milik tiada bandingan, pakej pembiayaan inovatif serta hadiah-hadiah istimewa yang lain.

Tarikh dan lokasi Karnival Pandu Uji dan Siri Jelajah ETCM adalah seperti berikut:

NISSAN_TESTDRIVE

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *