TC Euro Cars kekalkan harga model Renault untuk tahun 2016

By  |  0 Comments

No Price Increase for Renault Vehicles in 2016

TC Euro Cars, pemegang francais tunggal kenderaan Renault di Malaysia hari ini mengumumkan bahawa ia tidak akan menaikkan harga Renault untuk tahun 2016.

Harga semasa akan dikekalkan untuk seluruh rangkaian model Renault, biarpun nilai tukaran wang asing memberi kesan ke atas harga kereta serta komponen import, selain meningkatkan kos produksi kenderaan.

“Walaupun kami tidak imun terhadap cabaran yang terpaksa dihadapi oleh industri automotif, kami tetap berbesar hati untuk mengumumkan tidak akan ada kenaikan harga biarpun di sebalik persekitaran ekonomi yang kurang memberangsangkan ini,” kata Ketua Pegawai Eksekutif TC Euro Cars Sdn. Bhd., Kuan Kim Luen.

FluenceFL_Ext_03

Sedan empat pintu Renault Fluence Expression dan Dynamique pemasangan tempatan akan terus ditawarkan pada harga RM108,888 dan RM119,888 seunit. Terkenal kerana sifatnya yang kukuh dan tahan lasak, Fluence dikuasakan oleh enjin petrol bersesaran 2.0 liter yang dipadankan dengan transmisi automatik X-Tronic CVT generasi seterusnya. Ia menawarkan kualiti pemanduan yang lancar dan menyeronokkan.

Model hatch lima pintu Renault Clio GT Line dengan enjin pengecas turbo yang merupakan model CBU dari Turki kekal pada harga RM118,000 seunit. Menawarkan kualiti pengendalian terbaik dan penjimatan bahan api mengagumkan, versi utama Clio ini sememangnya pilihan tepat untuk pemandu yang mahukan penampilan garang seperti model berprestasi lebih tinggi, Clio R.S.

ClioGTLine_Ext_02

Model SUV kompak pertama Renault dan terlaris di pasaran Eropah iaitu Captur baharu yang bergaya dan versatil tetap ditawarkan pada harga RM123,000 seunit. Imejnya yang ekspresif, pakej keselamatan komprehensif dan penjimatan bahan api mengagumkan menjadikannya cukup ideal buat keluarga muda, selain golongan lelaki dan wanita moden pada hari ini.

Menyerlahkan gaya yang elegan, rugged, teknologi pintar dan keselesaan terbaik, SUV Renault Koleos yang diimport sepenuhnya dari Korea dijual pada harga RM178,888 seunit.

Sementara model Megane R.S. 265 yang cukup terkenal pula ditawarkan pada harga RM197,888 untuk varian Sport dan RM234,888 bagi varian Cup.

Renault_Megane_RS_265_Sport32

Semua kenderaan Renault di Malaysia hadir bersama selang servis 10,000km atau enam bulan, mana-mana tiba dahulu. Manakala model R.S dan EV pula didatangkan dengan jaminan pengeluar selama lima tahun dan perbatuan tanpa had.

Bukan itu sahaja, Renault Fluence pula ditawarkan dengan pakej penyelenggaraan percuma 5inFLUENCE . Ia merangkumi jaminan penuh pengeluar dan penyelenggaraan percuma selama lima tahun (tertalkuk pada terma dan syarat), jaminan alat ganti tulen selama setahun, perkhidmatan mengambil secara percuma untuk setiap servis berjadual serta sebuah kereta gantian apabila Fluence pelanggan perlu berada di bengkel lebih 48 jam.

Berikut adalah harga atas jalan untuk semua model Renault di Malaysia :

Renault_Malaysia

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *