Chevrolet Cruze Hatchback 2017 bakal dipamerkan di Detroit

By  |  0 Comments

The 2017 Cruze Hatch offers the design, engineering and technolo

Chevrolet telah pun mendedahkan imej pertama bagi model Cruze Hatchback 2017 menerusi Internet. Ia dijadual bakal dipertontonkan di Detroit pada minggu hadapan.

Jika pertengahan 2015 lalu, Cruze Sedan serba baharu diperkenalkan, kini tibalah pula giliran Hatchback di dalam barisan Cruze. Versi hatchback ini telah dimodifikasi bagi garisan bumbungnya yang melunjur hingga ke spoiler belakang, memberikan penampilan yang lebih sporty dan mantap.

The 2017 Cruze Hatch offers the design, engineering and technolo

Jika versi Sedan ditawarkan dengan pilihan varian L, LS, LT dan Premier, bagi Hatchback lima-pintu ini pula akan didatangkan dengan LT dan Premier, bersama pakej RS (seperti foto yang dipamerkan).

Bagi Cruze Hatchback ini, gayanya kelihatan lebih sporty dan maskulin berbanding Sedan. Ini termasuklan penampilan lampu utama projektor yang lebih langsing dengan padanan lampu posisi LED, bampar yang lebih mantap, lampu kabus dengan lingkaran krom serta garisan karakter yang lebih rapi.

The 2017 Cruze Hatch offers the design, engineering and technolo

Menurut Chevrolet, kapasiti bagi ruang kargo mencecah 524 liter jika tempat duduk belakang berada pada posisi biasa. Jika ia dilipat sepenuhnya, ruang kargo boleh mencapai keluasan sehingga 1,198 liter.

Sama seperti versi Sedan, Cruze Hatchback ini juga dijanakan oleh enjin 1.4 liter pengecas turbo empat-silinder sebaris yang mampu menghamburkan kuasa sehingga 153 hp pada 5,600 rpm dan tork 240 Nm dari 2,000 rpm. Enjin ini juga dipadankan dengan kotak gear manual atau automatik enam-kelajuan.

Selain itu, ia juga akan dilengkapi dengan 10 beg udara, cakera brek untuk semua roda dan kamera undur. Teknologi dan Bantuan Keselamatan turut ditawarkan dengan kos tambahan, bagi Lane Keep Assist, Rear Cross-Traffic Alert, Side Blind Zone Alert dan Forward Collision Alert.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *