Spyshot : Proton Saga generasi baharu sedang diuji

By  |  0 Comments

FB_IMG_1452141797259

Beberapa foto yang disiarkan menerusi laman Facebook Proton Iriz Community (MALAYSIA) yang dimuat naik oleh Hilmy Rusli dan kiriman e-mel dari pembaca Chua TC, kelihatan Proton sedang memandu uji salah satu model yang dijangka bakal dilancarkan pada tahun ini iaitu Proton Saga terbaharu bagi barisan Saga.

Menerusi foto ini, kelihatan ia seakan memiliki sedikit tempias Saga BLM terutamanya pada bahagian belakang dan sisinya.

Walau bagaimana pun, model generasi baharu bagi Saga ini pastinya ada sedikit perubahan dan kelainan. Mungkin juga bahagian lampu utamanya yang telah dibentuk semula serta bampar hadapannya sedikit berbeza berbanding model sedia ada.

Malah ia juga kelihatan menampilkan pemegang pintu baharu, lebih kurang sama dengan yang ditampilkan pada Iriz. Sementara pintu belakang pula seakan dibentuk semula, serta garisan bahagian bawah sedikit landai.

Walau bagaimana pun bahagian belakangnya kelihatan sedikit tegap dan langsing berbanding model Saga sedia ada.

Saga generasi baharu ini dijangka bakal dipadankan dengan enjin yang sama dengan Iriz iaitu 1.3 liter dan 1.6 liter VVT, dengan padanan transmisi manual atau CVT lima-kelajuan.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *