Mitsubishi Triton Phantom Edition kini berada di pasaran – Harga RM116k

By  |  0 Comments

Created in all-black with accessories to match its tough look

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) telah memperkenalkan Triton Phantom iaitu model edisi terhad bagi Triton 2015.

Terhad untuk 200 unit sahaja, Triton Phantom ini adalah berdasarkan varian Triton VGT Adventure dan ditampilkan dengan aksesori berwarna hitam bagi menampakkan lagi imej yang lebih macho dan penuh maskulin.

Imej penuh estetik Triton Phantom ini cukup menyerlah dengan padanan rim aloi hitam pekat bersaiz 17-inci, kotak penuh di belakang dan gril dari warna yang sama, menampilkan gaya yang lebih agresif. Profil penampilannya lebih bergaya dengan padanan palang sport dan bampar hitam berkilat.

Sports bar with full box and matte black rear bumper

Ditambah pula dengan bampar hadapan tambahan, lampu utama Xenon HID bersama lampu nyalaan siang dan pelekat khas pada badan Phantom.

Menjengah bahagian kabinnya, Triton Phantom ini ditampilkan dengan tempat duduk balutan kulit berwarna hitam yang cukup eksklusif.

Exclusive Phantom black leather seats.

Dengan tag harga atas jalan RM 115,680.76 (tanpa insurans & termasuk GST), Triton Phantom ini turut didatangkan dengan Penyelenggaraan percuma selama dua tahun dan rebat tunai sebanyak RM2,000 atau kos buruh percuma bersama rebat tunai sejumlah RM4,000. Triton Phantom ini juga ditawarkan dengan waranti pengeluar selama tiga tahun atau 100,000 km pertama.

Antara elemen standard yang ada pada Triton Phantom ini adalah termasuk butang penghidup enjin, operasi tanpa kunci, pedal penukar gear, butang 4WDm sistem audio dengan skrin sesentuh, kamera undr, dan kawalan suhu dua-zon.

Sama seperti Triton VGT Adventure, VGT AT dan VGT MT, Triton Phantom ini turut dipadankan dengan penjana kuasa Mitsubishi yang telah dipertingkatkan iaitu 2.5 liter VGT empat-silinder DOHC 16-injap turbodiesel.

Ia mampu menghasilkan kuasa sehingga 178 PS pada 4,000 rpm. Manakala tork puncak dipertingkatkan daripada 350 Nm ke 400 Nm pada 2,000 hingga 3,500 rpm.

Ia turut dipadankan dengan transmisi automatik lima-kelajuan dengan mos Sport yang digabungkan dengan sistem Mitsubishi Easy Select 4WD yang menyalurkan kuasa pada gandar hadapan dan belakang.

Bagi aspek keselamatan pula, ia turut didatangkan dengan ABS, EBD, pengesan undur, Isofix, dua beg udara dan 3-poin tali pinggang keledar dengan pra-tekanan/pengehad bebanan.

Klik DI SINI untuk pandu uji Triton 2015

MMM turut berkongsi video yang menjadi viral di laman media sosial iaitu mengenai pelumba wanita profesional Leona Chin yang melakukan aksi pemanduan drift dengan Triton Phantom ini.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *