Spyshot : Ford Focus 1.5L EcoBoost facelift bakal dilancarkan tidak lama lagi

By  |  0 Comments

Ford_Focus_Spyshot1

Kelibat Ford Focus 1.5L EcoBoost hatchback facelift ini berhampiran KL Sentral sempat dirakam oleh pembaca Amir Zaheen.

Pada Ogos 2015 lalu, model hatchback ini telah dipertontonkan di Indonesia International Motor Show (IIMS) 2015.

Dijangkakan ia bakal dilancarkan di negara kita dalam masa terdekat ini, kemungkinan besar selepas sambutan Tahun Baru Cina. Selain model hatchback, Ford Focus 1.5L EcoBoost facelift juga akan ditawarkan dalam bentuk sedan.

Model hatchback berwarna Winning Blue yang kelihatan di dalam foto ini adalah varian Sport+ dengan kit badan yang lebih sporty termasuk penampilan skirting sisi, peresap tambahan di hadapan dan belakang, dan spoiler di belakang serta ditampilkan dengan rim bersaiz 17-inci.

Ura-ura mengenai ketiadaan lampu utama bi-xenon (yang ada pada model terdahulu) dan digantikan dengan unit halogen projektor bagi pasaran Malaysia, mungkin sama seperti dengan model untuk Australia dan Indonesia. Namun ia tetap digandingkan dengan lampu nyalaan siang LED.

Model facelift ini dijanakan oleh enjin 1.5 liter EcoBoost dengan kuasa 180 PS pada 6,000 rpm dan tork 240 Nm antara 1,600 hingga 5,000 rpm. Ia juga dipadankan dengan kotak gear automatik SelectShift 6F35 enam-kelajuan.

Infokereta.com akan membawakan maklumat lanjut dari semasa ke semasa dan pastinya perincian penuh pada pelancarannya kelak.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *